Saturday 17 November 2012

CINTA Terlarang Destinasinya Adalah NERAKA...



Kekasihku tiada menyamai kekasih yang lain,Biar bagaimana SATU pun tiada selain DIA yang dapat bertempat di dalam hatiku.Kekasihku ghaib daripada penglihatanku tapi DIA tidak pernah ghaib di dalam hatiku walaupun sedikit!!Subbahanallah Maha Suci Allah...!Cinta Abadiku hanyalah untuk-Mu Ya Allah..Cinta kepada Allah dengan penuh ketaatan, Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia, Cinta kepada jihad dengan perjuangan, Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah c0ntohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih peng0rbanan...Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap "seseorang itu" adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya..Liku-liku cinta terkadang bertemu Syurga..Menikmati pertemuan indah dan abadi.. Tetapi tidak jarang bertemuNeraka.. Dalam pertarungan tiada berpantai.. ...Rasa cinta tidak salah, tetapi kesalahan boleh berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlaku ‘cinta terlarang’ – cinta yang menafikan peraturan ALLAH. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak fitrah tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan yang benar maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Cinta yang penciptaan asalnya bertujuan membahagiakan dan membantu meringankan bebanan hidup, menjadi beban paling berat dan penjara paling menyeksa.Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Lebih-lebih lagi bila hukumnya dilanggar tanpa rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah, malah loyar buruk mengatakan ‘ALLAH kan Maha Pengampun?’. Tubuh kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Bila bermula satu sentuhan, hampir mustahil untuk mundur ke belakang apabila nafsu dan syaitan sudah menguasai. Semuanya seolah-olah halal atas alasan cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan fitrah cinta dianggap baja.Akhirnya berbuahlah pohon cinta terlarang – pahit, masam, beracun dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai label yang menjijikkan. Ketika itu hilanglah kemanisan cinta. Jika cinta begini yang diburu, tidak pelik jika cinta muncul dalam hidup dalam rupa monster yang menakutkan…kerana ia memberi pengalaman yang cukup menyakitkan. Lalu cuba salahkan orang lain yang ‘menabur janji kosong’, ‘manis kata di bibir mulut, tapi hati lain bicara’ – malah ada yang hingga tahap menyalahkan takdir kerana memisahkan ‘cinta suci’ antara dua insan. Cinta terlarang begini, bukan sahaja destinasinya neraka di akhirat malah neraka sepanjang perjalanan di dunia. Kemanisannya hanya dapat dirasai di titik permulaan

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Jika hilang agama itu, maka turut hilanglah juga kecintaanku kepadamu." ~Imam Nawawi

No comments:

Post a Comment