Friday 23 November 2012

Aku Remaja



Assalamualaikum ya ikhwaani wa akhawati, sahabat yang iman kasih dan cintai kerana ALLAH. Wa la tqrabuz zina innahu kana faheeshataw wasa a sabila, tarjamah ilal lughah arabiyyah, wa hazihi kalimat min aina..Hayya bina natakallam wa nata'allam lughah arabiyyah jami'an !haha.. yaa laha min arabiyyat..

Iman harap sahabat-sahabat iman sihat tubuh badan dan juga sihat rohani, amin insyaALLAH.. Semua yang ada di alam fana ini punyai pasangan masing-masing. Percaya.? Ok.. iman akan jelaskan, Cuba sahabat bayangkan disekeliling sahabat, semuanya berpasangan kan.? tangan kiri berpasangan dengan tangan kanan, tinggi berpasanagn dengan rendah, hitam berpasanagn dengan putih, dosa dan pahala, neraka dan syurga serta hidup dan mati. Sudah jelas kan apa yang iman maksudkan sebentar tadi. Mengapa tiba-tiba iman keluarkan topik tentang pasangan.? Sebab......... Iman nak cakap tentang CINTA! Kawan-kawan pernah tak rasa ingin dicintai dan ingin mencintai? Haaaa itu perkara biasa. Kenapa nak malu bila iman bercakap tentang CINTA.? Itukan fitrah.... perkara yang sepatutnya malu ialah bila “cinta yang suci itu telah dikotori dengan maksiat” . Pagi tadi, kawan iman terbaca satu article yang berkaitan dengan cinta, tajuknya “CINTA ITU BERMOTIVASI”, kawan iman seolah-olah tidak memahami apa yang dimaksudkan dalam artcle itu dan cuba melontar satu persoalan kepada iman; “cinta itu motivasi????(dengan nada kehairanan)”

Iman sekadar SENYUM dan berkata “benar! Memang cinta itu motivasi jika kita bermotivasi”. Satu ungkapan yang menarik untuk iman huraiankan dalam entry kali ini. Cinta ini kalau kita lihat ialah mahabbah kurniaan daripada ALLAH , Jadi, bagaimanakah kita nak hubungkan diri kita dengan ALLAH.? Setiap perkara yang kita lakukan harus hubungkan dengan ALLAH. Inilah motivasi sebenar.  Inilah yang iman maksudkan diawal kata-kata iman. Itulah amalan yang menbawa kita kejalan yang diredhai oleh ALLAH swt. Kita harus yakin dan percaya akan jodohn kita ,seumpama kita yakin bahwa mati itu pasti. Bila bercakap tentang jodoh, iman tidak kisah kerana semua telah diatur dengan rapi oleh ALLAH swt untuk kita semua bagi kita yang yakin. CINTA+YAKIN= REDHA ALLAH . Untuk mencapai tahap keyakinan kepada  ALLAH itu adalah sangat sukar. Semua orang bisa untuk berkata “aku yakin dengan apa yang ALLAH aturkan buat aku” tapi bukan semudah itu itu meletakkan keyakinan itu ditahap yang paling tertinggi.  Jika kita tidak hubungkan kita dengan ALLAH maka cinta yang suci itu akan dikotori oleh nafsu syaitan. Kalau kita datang dari ALLAH maka kembalikan kepada ALLAH , sebab itu kebanyakkan dari kita ini sekiranya  membuat kerja tanpa menghubungkan dengan ALLAH maka  akan bekerja dengan penuh emosi kerana tiada ALLAH dihati mereka.
 
Iman suka bercakap berkaitan dengan cinta. Cinta itu sangat bermotivasi, dan cinta itu sebagai motivasi  pendorang buat kita. Dan pendorang mempunyai dua bentuk. Yang pertama ialah penghambaan diri kepada ALLAH dan yang kedua adalah kita menjadi Khalifah di ats diatas muka bumi ini. Jadi  dua perkara inilah yang menjadikan kita kuat. Iman punyai ramai rakan yang dilamun CINTA ,  bila iman diberi peluang untuk berceramah maka iman selitkan sedikit sebanyak berkaitan dengan hakikat CINTA kepada ALLAH agar remaja sedari akan hakikat ini. KITA TIDAK BISA KATAKAN TIDAK KEPADA CINTA sebagaimana kita katakan tidak kepada rokok!! Tetapi, bagaimana kita nak gunakan apa yang ALLAH kurniakan  kepada kita dengan sebaik mungkin. Bagaiamanakah kita nak uruskan  cinta untuk menjadi pendorang  untuk mencapai cinta kita kepada keredhaan ALLAH.
Kita perlu kaitakn segala yang kita lakukan itu dengan ALLAH. Sebagai contoh, kita mandi niat kerana ALLAH, makan kerana ALLAH, tidur kerana ALLAH, dan minum kerana ALLAH.Segalanya ALLAH. Secara tidak langsung kita telah mengamalkan cara hidup bersyariat. ALLAH! Indahnya hidup bersyariat.  Amalan ini juga sebenarnya dapat menzahirkan dalam jiwa kita sifat kecintaan kepada ALLAH.
Memang tidak dinafikan bahawa cabaran banyak terutama sekali ialah persekitaran kerana pengaruh dengan nafsu dan syahwat. Jika kita buka televisyen apa yang kita nampak.? Musuh islan telah merancang  dengan rapi untuk hancurkan Islam. Persekitaran ini secara langsung akan mempengaruhi persepsi cinta yang sebenar. Persekitaran ini akan membentuk kita jika kita tidak mempunyai “Ben10(pertahanan)” yang kukuh. Remaja ini satu peringkat  dimana ia mencari formula dan identiti sendiri. Ramaja ini juga mudah untuk terikut-ikut  dengan persekitaran yang kian hancur dibawa kerajaan. Jika kita berdamping dengan orang yang suka pakai wangi-wangian, maka kita akan mendapat sedikit wangian itu.  Iman banyak terlibat dalam badan pemikir sejak berusia 5tahun. Jadi persekitaran iman sewakti itu adalah sangat positid disamping didikan ibubapa iman. Ini penting dalam membentukkeperibadian kita sebagai remaja.  Perlu kita ingat bahawa semua ini akan dipertangungjawabkan tentang apa yang kita lakukan.
Intihannya, kita perlu berfikir bahawa kita akan bertemu dengan ALLAH dan akan dipersoalkan kelak. Jadi motivasi itu adalah membuat yang terbaikkkkk. Sebagai seorang remaja Islam, kita WAJIB kembali kepada ALLAH.  Hakikat  persediaan kita sebgai hamba untuk ALLAH. Kita perlu sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikkan  dan yang paling penting “NILAILAH SESEORANG ITU PADA WAKTU SEKARANG BUKAN PADA WAKTU SILAMNYA” . Jika kita lemah dalam melakar seni jiwa keislaman maka kita akan dikotak-katikkan oleh musuh Islam.!

No comments:

Post a Comment