Friday 22 November 2013

Ana dan Pangkat Dunia



Assalamualaikum Sahabat yang dimuliakan oleh ALLAH .ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH kerana baru saat dan ketika ini diberi pluang untuk post entry kali ni walaupun sudah sekian lama tersimpan dalam draf, tinggal lagi masa yang tidak mengizinkan.. Selamat bertugas sebagai wakil dan pemimpin siswa/siswi bagi tahun 2013/2014. Sekalung tahniah kami buat senior yang memimpin kami sebelum ini, insyaALLAH kami akan menyambung kembali perjuangan ini.  Kepada pemimpin sekarang antum  akan memimpin kami di dunia ini. Akhirat nanti ALLAH akan bertanya kami mengenai anda semua. Seperti mana hari ini kami diberi peluang untuk mengundi anda, berilah juga kami peluanJawatang untuk menjawab yang terbaik mengenai anda pada hari kiamat kelak. Kami tidak ingin mendakwa anda di sana nanti, maka adillah kepada kami di dunia ini.
Ketika entry ni disiapkan, ana sudah tahu keputusan pilihanraya kolej kali ini. Siapakah yang menang, siapa pula yang tewas? Siapakah yang kecewa, siapa pula yang bahagia?. Aiwah! Sudah pasti pada saat coretan ini dibaca, keputusan sudah diketahui oleh siawa/siswi. Apapun, ana ingin mengingatkan kepada yang akan menang beberapa perkara dalam entry kali ini.
saya tak tahu samaada ini semua adalah nikmat ALLAH atau bala dari ALLAH??
Teringat kata-kata presiden baru kita semalam. Ini semua bukan bala sahabatku yang dimuliakan ALLAH tapi ini nikmat dari ALLAH. Sahabtku sekalian, ketahuilah, bahawa kemenangan dalam memperolehi jawatan bukanlah suatu perkara untuk dibangga-banggakan. Ia mesti diterima dengan kerendahan diri kepada ALLAH, syukur dan memohon pertolongan daripadaNya. Ia adalah ujian dan amanah ALLAH untuk melihat sejauh manakah anda mampu melaksanakannya.
Sambutlah kejayaan KITA dengan penuh tawaduk dan merendah diri kepada ALLAH. Takutlah akan ujianNya itu. Bimbanglah jika KITA tidak menepati kehendakNya. Cuba KITA fahami sebaik mungkin hadis ini dan yang paling utama ialah sama-samalah kita perbetulkan niat.
“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." QS. Al-Shaff: 2-3

ok, back tu jawatan.

sebelum tu,kalau sahabat-sahabat nak tahu mase first time dapat tahu nama ana terrrrrrrsenaraai dalam calon MTPP memang rasa nak lari balik Kampung je, tapi masalanya hakikat bila kita lari daripada masalah sebenarnya itu semua akan mendekatkan lagi masalah itu dengan kita.aadoi.tidak dapat tidak REDHA je apa yang berlaku disamping solat hajat mintak ALLAH tak bagi sebarang jawatan untuk ana, dan Alhamdulillah ALLAH terima doa insan hina yang banyak buat dosa ni, rasa syukur sangat-sangat! Tapi sehari kemudian,gundah gulana kian menghantui kembali..arghhhh..
#BLASTING FROM MTPP#
“Dimaklumkan bahawa malam ini akan diadakan meeting bersama Presiden, anda diwajibkan HADIR,no excuse!”
#jeng3…..apa semua ni??????100000001 persoalan yang bermain waktu dapt mesej tu. Hurmmm tringin nak balik kampung lagi!!!haha….relex2….skali lagi trasa tidur tak kenyang,mandi tak basah.jadi ana doa “ya ALLAH ini kali kedua nama aku tercalon, aku pohon ya ALLAH…jika jawatan itu layak bagi aku maka aku redha tapi jika aku tak layak jangan la pilih aku”
Bila menghadirkan diri dengan paksa relanya, maka diumumkan ana kena pegang jawatan MPP Dakwah.perghhhh! dakwah derrrr……berat tu!!!!!pikiaq masalah ummat. 

"dakwahi diri aja nggak bisa,

pengen mendakwahi orang"

So ana
decide nak pergi jumpa dengan senior yang selalu rapat dengan ana. Ana luahkan sikit sambil buat muka seposen,kowt2 mereka boleh memujuk presiden mnggugurkan ana. ana dengan yakinnya.. InsyaALLAH, ana akan digugurkan dari jawatan ni. ok.

"bang, boleh tolong pujuk presiden menggugurkan ana dari jawatan ni. ana x mampu"

 "owh, balik nanti. Cuba buka tafseer surah Yusuf yang meminta jawatan. Lagipun, bukan kamu sahaja yang tak nak jawatan. Kalau boleh, kita semua tak nak jawatan."


Jawapan simple yang menyebabkan ana hampir runtuh secara total. Ana terus saja memulas motor yang ku bawa selepas dengar jawapan yang bukan ana inginkan tu. Ana belek surah Yusuf,

“Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah Yusuf, 55-56).
ana baru sedar pada ketika itu organisasi ini hanya ada beberapa kerat orang sahaja untuk menggerakkan organinasi Islam tu. Lgipun kalau ana berundur, akan nampak kepincangan organisasi tu. huh, bukan nak bercakap seperti seorang harapan, tpi lagi perlu ana untuk memegang jawatan tu.

So, akhirnya ana decide, I have to hold this position. Bi iznillah.


Ni pula menguatkan ana untuk memegang jawatan ni.


“..demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” 

(al-Imam al-Qurtubi)



Taaaaaaaaaaaaaaaaapi, setelah ana fikir semula perkataan imam al-Qurthubi tu, ana tidak yakin ana dapat menegakkan kebenaran.. O_o hahaha.. adoi yakin ke tak memang ana diamanahkan untuk memegang jawatan tu. ALLAH..
Sahabat sekalian, sebenarnya ana teringin nak jadi ‘orang biase’ setelah 11tahun jadi orang atasan tapi nampak gayanyanya impian ana tidak tercapai! Semoga ALLAH merahmati kepimpinan kami serta diberikan bimbangan ke jalanNya yang penuh adil dan saksama. Dahulu ada sarjana menyebut: “Jika aku mempunyai hanya satu peluang doa yang makbul, nescaya aku doakan kepada pemimpin agar adil, kerana keadilan mereka kebaikan untuk semua”.
Wallahu a'lam




Wednesday 20 November 2013

Ayuh Bangkit Wahai Hamba

Assalamualaikum Sababatku Skalian..alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana memberi lagi ruang dan pluang untuk iman mengisi entry kali ini..Entry kali ini, iman suka untuk berkongsi dengan sahabat sekalian kerana bagi iman ini adalah BICARA SEMALAM iman.. Moga beroleh sedikit kesedaran,insyaALLAH. Untuk pengetahuan sahabat, alhamdulillah coretan ini telah diterbitkan dalam Majalah Remaja Islam dan juga Majalah Sekolahku.

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpahit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Sehebat mana maksiat yang kita lakukan DULU , kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah ALLAH ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. ALLAH itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada ALLAH. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap ALLAH! Sedarkah kita?


Akukah itu..?
Yang tersungkur
Yang terjelopok
Yang terperosok
Kerna kejahilan diri

Dosa kelmarin menghantui diri
Sesak nafasku
Terasa saluran nafas sempit sekali
Terasa berat sebelah pundak
Malu rasa menghirup udara
Kerna udara ini DIA yang punya
Tapi apakan daya segala pancaindera
Bukan…
Bukan hanya pancaindera
Tapi segala-galanya milik Zat Yang Maha Besar
Aku malu pada diri
Aku malu pada DIA Yang Maha Agung
Aku abaikan amanah ini
Tidak dijaga
Tidak diguna sebaiknya
Ya ALLAH ….
Aku malu..
Aku malu padamu Ya Rabbi
Usah KAU palingkan wajahMU
Usah KAU murka padaku
Kasihanilah aku Tuhan Yang Maha Penyayang


Airmata jernih
Gugurlah dikau semahu-mahunya
Hingga membasahi pipi
Hingga berpijar pandangan
Berhamburanlah
Bersama kata-kata penyesalan
Berjanjilah dosa kelmarin takkan berulang
Mohon taubatNYA
Selagi nyawa belum sampai di kerongkong
Aku pohon taubatku diterima
Aku yakin bahawa DIA Maha Pengampun


Bila hari itu tiba
Biar pancaindera menjadi saksi kejahilanku
Biar segala pancaindera mengatakan aku berdosa
Biar…..
Tapi takkan sekali aku lupa pada selembar bulu mata
Saksi utama bahawa diriku telah bertaubat
Di atas belas dan rahmatNYA


ALHAMDULILLAH.............siapa sangka aturan ALLAH itu Maha Bijaksana. Itu Kisah Silamnya dan KINI dia bukan lagi dia yang dulu! Tapi perlu juga ingat bahawa berhijrah itu bukan dari sudut pakai KOPIAH atau NIQAB semata-mata akan tetapi penghijrahan dari hati yang diselaputi kepada pembersihan hati. Kepada yang memakai KOPIAH, anta jangan sekadar hanya ingin menutup kepala tapi tutup juga hati itu dari dikotori seumpama anta menjaga kopiah putih enta, begitu juga wanita jangan bangga bila berniqab atau berpurdah, kdangkala enti hanya mampu menutup anggota zahir tapi enti tidak mampu untuk menutup anggota batin dari dirosakkan dan tidak juga mampu menterjemahkan pakaian yang menutup rapi itu kepada penjaan HATI sebagaimana kamu menjaga. Harapan ana, KITA semua perlu faham konsep hijrah,insyaALLAH..Lindungi dan tutuplah hatimu sebagaimana kamu menutup wajahmu dengan niqab. TAHNIAH..................Ayuh!!!Bangkitla Kembali Dari Tersungkur!!!

Thursday 18 July 2013

Betul Ke Dosa Orang Yang Berkecil Hati Lagi Besar?



Assalamualaikum
Sejak beberapa hari lepas, iman perasan yang dunia maya TwitterJaya, Facebook serta Blogosphere dipenuhi dengan new status yang mampu menarik minat iman. Pada masa yang sama jugak iman pun alami benda ni, dengan abang senior, kawan dan lain2. Tapi ALLAH aturkan semua ni tentu dan pasti ada je kebaikkan tu. Jangan RISAU laaa! J Well, haa ni dia yg iman cakap tadi:
"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

Bila iman baca ayat di atas, iman pun macam "Oh, ilmu baru dari Twitter. Selalu dapat hadis or Islamic quote macam ni kan bagus." Tapi selepas beberapa hari, quote di atas membuatkan iman tertanya-tanya. Ianya bugs me like hell. Dan iman juga terfikir. Adakah ianya satu hadis? Adakah ianya satu quote dari para ulama or hanya rekaan? Jeng3…haaaa nak tau lebih lanjut??jom layan sampai habis naa..

Disebabkan curious sangat, iman pun Google lah tapi bukan bermaksud google itu CIKGU atau USTAZ iman. Bila iman Google, baru lah iman tahu yang ramai siott dah yang update blog tentang betapa berdosanya kita kalau kita berkecil hati setelah ada orang maki, kutuk dan hina kita. Tapi tak ada satu pun dalil yang berkata pasal ni. So persoalannya, betul ke kalau orang kutuk, maki dan hina kita, dosa penghina tu lagi sikit dari dosa kita yang terasa?  Apa pun, mari kita baca dulu cerita yang amat famous ni, tapi sebenarnya bukan famous sangat pun cuma moral of the story tu best!

**********

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. 
Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"
I'm so confused.

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *Blur*

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: *Termakan cili*

So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan ALLAH. Nanti ALLAH pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah..

**************


Anda dah baca cerpen di atas dengan sepenuhnya? Cerita di atas adalah cerita yang aku jumpa tanpa credit dan sumber penulis. Mungkin hanya rekaan, mungkin for moral value. Tak sure.
Tapi, kalau korang baca betul-betul, mesti korang pun akan tertanya-tanya. "Habis tu kalau kita buat ibu bapa kita berkecil hati kat kita, adakah ibu kita yang dapat lagi banyak dosa?" This is why iman agak tertanya-tanya. Ada tak dalil tentang ayat di atas?

But nevermind. Mari kita proceed(bagett bagus)haha... Dalam cerpen di atas ada mengatakan.


 Hukum mengumpat
"Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita.. 'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.." Si Ayah ( Dari dalam Cerpen di atas)

Actually, situasi yang di atas, ada betulnya. Tapi ada sedikit masalah. Masalahnya, kita tak tahu niat si pemberi tahu. Memberi tahu keburukan orang lain memang nampak seperti membuka aib dan mengumpat dan sebagainya. Tapi tahukah anda yang benda ini ada pengecualian? Tahukah anda yang bila kita memberi tahu sesuatu perkara kat orang lain dengan niat untuk mengelakkan dia mendapat nasib seperti kita; ianya dibenarkan dalam Islam? Contohnya macam "Jaga-jaga dengan lelaki tu. Dia tu penggila seks. Dan sila fahami beza antara mengumpat (Gosip, cakap belakang, buka aib) dan memberitahu info untuk melindungi orang sekeliling kita.

Dosa berkecil hati.

"Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah." - Ayah (Dari dalam cerpen di atas)

Actually, ayat yang di katakan oleh si ayah ni adalah mostly betul. Ianya betul tapi sikit je kurang tepat. Sebenarnya, ujian yang Allah kasi bukannya tentang perasaan kecil hati tu. Tapi apa yang kita buat selepas dah terkecil hati dan terasa.

For example, korang adalah girl yang amat-amat baik dan alim. Tutup aurat, pergi mana-mana pakai baju abaya yang labuh dan longgar. Tapi nasib korang malang sebab time tu, ada lelaki yang entah datang dari mana dan merogol korang. Selepas di rogol, dia lari meninggalkan korang. Itu adalah ujian. So, kalau korang menjadi trauma di sebabkan di rogol tu, adakah bermaksud korang menyalahkan Tuhan di sebabkan perogol tu merogol korang? No. Trauma adalah based on physiology yang tak boleh di kawal. Ianya adalah fitrah disebabkan shock. (Sama lah juga seperti berkecil hati). Memang mustahil la korang selepas kena rogol boleh relax tak rasa sedih or apa-apa. Unless kalau korang dah biasa kena rogol.

So, yang penting disini adalah apa yang anda buat selepas peristiwa tu. Sebab ujian yang sebenar adalah apa yang anda akan buat selepas dirogol. Adakah anda akan blame Allah sambil bercakap "Aku dan solat, mengaji, tutup aura semua. Tapi kenapa Allah buat aku kena rogol?" Kalau macam ni, baik aku keluar dari Islam. If that adalah apa yang berlaku, then dosa gadis yang dirogol adalah lagi tinggi dari perogol. DAN. Ini tak bermaksud korang boleh rogol orang ya. 


So, back to the case, andai kata lah ada perempuan yang entah dari mana, dia nampak korang ni comel dan ramai jejaka alim nak masuk meminang. So, dia mesti la jadi dengki. Bila dah dengki, apa lah lagi, dia terus ajak kawan-kawan dia pi jumpa korang sambil hembur "Weh, kau ingat kau tu comel sangat ke? Dah la muka huduh, mulut pula macam celaka. Tak malu. Entah-entah, muka mak kau pun lagi teruk dari kau. Daughter of a bitch!". Then korang menangis sebab berkecil hati (terasa). Adakah secara langsung korang yang lagi berdosa berbanding perempuan yang dengki itu?

Di sini, ada dua jawapan untuk soalan aku. (Ya, aku tanya aku jawab)

Jawapan pertama: Anda Tak Berdosa

Dia maki tetiba. Dia siap maki ibu kesayangan korang lagi. Dia siap kata korang ni bajet alim and anak haram di sebabkan korang pakai baju ketat dan cakap lucah main lepas. Of course korang akan terasa. Boleh terasa sampai 2 hari tau. But, ketika korang terasa, korang nangis sambil bertekad nak berubah. Selepas tu, korang dah start pakai baju yang tak ketat dah. And then korang terus nak cuba ubah attitude korang. So, how can this makes you sinner than the person yang supposed to?

Sama la juga dengan orang yang mencuri. Kau curi pensil kawan kau. Mesti kau berdosa kan? Tapi kalau kawan kau dapat tahu. Then dia berdendam sampai mati. Secara tak langsungnya dosa dia adalah jauh lagi tinggi dari kau kan? Tapi adakah itu menjadikan "Mencuri adalah berdosa. Tapi dosa orang yang barangnya di curi tu lagi tinggi dari pencuri."? (Please understand this carefully)

Jawapan ke dua: Yang berkecil hati lagi berdosa dari yang mengecilkan hati.

Selepas korang kena maki, korang balas balik "Amboi amboi sedapnya mulut longkang kau. Tak ada insurance ke?" Pastu korang pakat dengan kawan-kawan korang untuk pergi bakar rumah dia. So yes, korang definetely lagi berdosa dari yang yang buat korang kecik hati. Sebabnya, ini lah maksudnya dengan tak redha dengan ujian Allah.
Dengan kata lain, quote "Orang berkecil hati lagi berdosa" tu adalah betul tapi based on implikasi or apa yang anda buat selepas sesuatu peristiwa. Perasaan terasa itu adalah normal. Yang penting, apa yang anda buat selepas terasa dan kecil hati. So, kalau ada orang maki korang sebab perangai korang buruk and then korang terasa gila-gila sampaikan korang berubah; then insyaAllah korang tak berdosa.

Conclusion: Secara ammnya, rasa berkecil hati tidaklah berdosa seperti dalam quote tu. Maksudnya, quote tu tak adalah 100% betul.

So please, jangan buat joke "Kau tu babi anak haram! Eh? Apasal diam? Sentap? Terasa? Kau tau tak kalau kau terasa, dosa kau lagi banyak dari aku? HAHA". Ya, please jangan buat joke ni kat Facebook. Not funny.

PS: Sedih itu adalah fitrah. Tak ada siapa tak pernah sedih. Mustahil sekali berdosa bagi kita untuk bersedih melainkan kesedihan tu terlampau belarutan sampai efek kehidupan dan kewajipan kita.

KALAU ada salah di entri ni, sila betulkan.

Tuesday 16 July 2013

My Dream



Assalamualaikum wahai sahabatku yang dirindui sekalian kerana ALLAH, sekian lama iman mendiamkan diri dalam penulisan, sebenarnya bukan mendiamkan diri tapi 'busy' dengan tugasan dan juga majlis-majlis bersama para Ulama' .   *sooory eh,biasala MAHASISWA*  haha poyo jea bunyi.. dan kali ini iman muncul disini untuk berkongsi lagi tentang DREAM. Haaaaaaa entry kali ni berbeza sebab penulisan iman dalam bahasa english tau, tapi bukan bermaksud iman ni hebat dalam english naaa... Moga bermanfaat.

When I was a child, my teachers and parents said to me, ‘people who have no dreams of the future will not go far’. That is because of those inspiring words from my parents and teachers, I am inspired to be an ulama. Actually, when I was a kid my dream is to be a pilot, and as the time goes by, my dreams change, and then I wanted to be a president, a soldier, a lawyer and other interesting dreams. But now I grew up, and now I know what I want to be. 
In our life, there are many important things that always been ignored. Sometimes, the non important things get more attention by human rather than an important things. Actually, the thing that I am mentioning about is DREAMS. What is dream? Do you have a dream? What do you want to achieve and how much time will you spend to make sure your dream becomes a reality.
Everyone have their own dream just like me. My dream is to be a very knowledgeable man as I want to separate the idea of ‘ahlus Sunnah  wal Jama’ah’ among the society and my dream to see Malaysia to be like the era of Prophet Muhammad s.a.w. This is the path that I choose as nowadays, Malaysia has been influence by the idea’s of Syiah and Wahabiy, and their ideology brought a very bad influence the Muslims. That’s why I want to be like Al Muhadith Al Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin al Maliki as Sanusi. To overcome the wrong ideology and bring back the beauty of Islam to the society. To ensure my dream becomes a reality, I should learn more about ‘Ahlul Sunnah’  . Dream is something that all of us need to have. It is our vision. Dream is what you want to do for your future. I believe that having a great dream, is a must to us.

I know it is not simple but I know I can achieve it. I feel like this is my destiny. This is why I came to this world.  I do not know when or how I am going to achieve this. But it will not be easy. I am studying in college right now. I will try my best to achieve my dream job in the future, and if I fail or I have problems with my studies, I will keep on dreaming to overcome the problem and keep believing I will have a good life in the future. Sir Kamil said that failure is the greatest teaching. I know in order to pursue my dream, I will face failures. This cannot be stopped. Even past scientists and professors face failures when they are trying to create a great formula that is remained to be used till today.
              Like I said before, it is very important to have a big dream. It is not wrong. Even if you don’t achieve it later, just make it as your vision. Dream can help you to prepare and face this challenging world. What am I going through now is just the start. I’ll find the keys. I am still trying to open the door. When I finally did, I will not hesitate.