Friday 23 November 2012

Aku Remaja



Assalamualaikum ya ikhwaani wa akhawati, sahabat yang iman kasih dan cintai kerana ALLAH. Wa la tqrabuz zina innahu kana faheeshataw wasa a sabila, tarjamah ilal lughah arabiyyah, wa hazihi kalimat min aina..Hayya bina natakallam wa nata'allam lughah arabiyyah jami'an !haha.. yaa laha min arabiyyat..

Iman harap sahabat-sahabat iman sihat tubuh badan dan juga sihat rohani, amin insyaALLAH.. Semua yang ada di alam fana ini punyai pasangan masing-masing. Percaya.? Ok.. iman akan jelaskan, Cuba sahabat bayangkan disekeliling sahabat, semuanya berpasangan kan.? tangan kiri berpasangan dengan tangan kanan, tinggi berpasanagn dengan rendah, hitam berpasanagn dengan putih, dosa dan pahala, neraka dan syurga serta hidup dan mati. Sudah jelas kan apa yang iman maksudkan sebentar tadi. Mengapa tiba-tiba iman keluarkan topik tentang pasangan.? Sebab......... Iman nak cakap tentang CINTA! Kawan-kawan pernah tak rasa ingin dicintai dan ingin mencintai? Haaaa itu perkara biasa. Kenapa nak malu bila iman bercakap tentang CINTA.? Itukan fitrah.... perkara yang sepatutnya malu ialah bila “cinta yang suci itu telah dikotori dengan maksiat” . Pagi tadi, kawan iman terbaca satu article yang berkaitan dengan cinta, tajuknya “CINTA ITU BERMOTIVASI”, kawan iman seolah-olah tidak memahami apa yang dimaksudkan dalam artcle itu dan cuba melontar satu persoalan kepada iman; “cinta itu motivasi????(dengan nada kehairanan)”

Iman sekadar SENYUM dan berkata “benar! Memang cinta itu motivasi jika kita bermotivasi”. Satu ungkapan yang menarik untuk iman huraiankan dalam entry kali ini. Cinta ini kalau kita lihat ialah mahabbah kurniaan daripada ALLAH , Jadi, bagaimanakah kita nak hubungkan diri kita dengan ALLAH.? Setiap perkara yang kita lakukan harus hubungkan dengan ALLAH. Inilah motivasi sebenar.  Inilah yang iman maksudkan diawal kata-kata iman. Itulah amalan yang menbawa kita kejalan yang diredhai oleh ALLAH swt. Kita harus yakin dan percaya akan jodohn kita ,seumpama kita yakin bahwa mati itu pasti. Bila bercakap tentang jodoh, iman tidak kisah kerana semua telah diatur dengan rapi oleh ALLAH swt untuk kita semua bagi kita yang yakin. CINTA+YAKIN= REDHA ALLAH . Untuk mencapai tahap keyakinan kepada  ALLAH itu adalah sangat sukar. Semua orang bisa untuk berkata “aku yakin dengan apa yang ALLAH aturkan buat aku” tapi bukan semudah itu itu meletakkan keyakinan itu ditahap yang paling tertinggi.  Jika kita tidak hubungkan kita dengan ALLAH maka cinta yang suci itu akan dikotori oleh nafsu syaitan. Kalau kita datang dari ALLAH maka kembalikan kepada ALLAH , sebab itu kebanyakkan dari kita ini sekiranya  membuat kerja tanpa menghubungkan dengan ALLAH maka  akan bekerja dengan penuh emosi kerana tiada ALLAH dihati mereka.
 
Iman suka bercakap berkaitan dengan cinta. Cinta itu sangat bermotivasi, dan cinta itu sebagai motivasi  pendorang buat kita. Dan pendorang mempunyai dua bentuk. Yang pertama ialah penghambaan diri kepada ALLAH dan yang kedua adalah kita menjadi Khalifah di ats diatas muka bumi ini. Jadi  dua perkara inilah yang menjadikan kita kuat. Iman punyai ramai rakan yang dilamun CINTA ,  bila iman diberi peluang untuk berceramah maka iman selitkan sedikit sebanyak berkaitan dengan hakikat CINTA kepada ALLAH agar remaja sedari akan hakikat ini. KITA TIDAK BISA KATAKAN TIDAK KEPADA CINTA sebagaimana kita katakan tidak kepada rokok!! Tetapi, bagaimana kita nak gunakan apa yang ALLAH kurniakan  kepada kita dengan sebaik mungkin. Bagaiamanakah kita nak uruskan  cinta untuk menjadi pendorang  untuk mencapai cinta kita kepada keredhaan ALLAH.
Kita perlu kaitakn segala yang kita lakukan itu dengan ALLAH. Sebagai contoh, kita mandi niat kerana ALLAH, makan kerana ALLAH, tidur kerana ALLAH, dan minum kerana ALLAH.Segalanya ALLAH. Secara tidak langsung kita telah mengamalkan cara hidup bersyariat. ALLAH! Indahnya hidup bersyariat.  Amalan ini juga sebenarnya dapat menzahirkan dalam jiwa kita sifat kecintaan kepada ALLAH.
Memang tidak dinafikan bahawa cabaran banyak terutama sekali ialah persekitaran kerana pengaruh dengan nafsu dan syahwat. Jika kita buka televisyen apa yang kita nampak.? Musuh islan telah merancang  dengan rapi untuk hancurkan Islam. Persekitaran ini secara langsung akan mempengaruhi persepsi cinta yang sebenar. Persekitaran ini akan membentuk kita jika kita tidak mempunyai “Ben10(pertahanan)” yang kukuh. Remaja ini satu peringkat  dimana ia mencari formula dan identiti sendiri. Ramaja ini juga mudah untuk terikut-ikut  dengan persekitaran yang kian hancur dibawa kerajaan. Jika kita berdamping dengan orang yang suka pakai wangi-wangian, maka kita akan mendapat sedikit wangian itu.  Iman banyak terlibat dalam badan pemikir sejak berusia 5tahun. Jadi persekitaran iman sewakti itu adalah sangat positid disamping didikan ibubapa iman. Ini penting dalam membentukkeperibadian kita sebagai remaja.  Perlu kita ingat bahawa semua ini akan dipertangungjawabkan tentang apa yang kita lakukan.
Intihannya, kita perlu berfikir bahawa kita akan bertemu dengan ALLAH dan akan dipersoalkan kelak. Jadi motivasi itu adalah membuat yang terbaikkkkk. Sebagai seorang remaja Islam, kita WAJIB kembali kepada ALLAH.  Hakikat  persediaan kita sebgai hamba untuk ALLAH. Kita perlu sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikkan  dan yang paling penting “NILAILAH SESEORANG ITU PADA WAKTU SEKARANG BUKAN PADA WAKTU SILAMNYA” . Jika kita lemah dalam melakar seni jiwa keislaman maka kita akan dikotak-katikkan oleh musuh Islam.!

Monday 19 November 2012

Cinta Cinta Dan Cinta


BILA HADIR RASA CINTA, JADIKAN IA CINTA YANG MEMBAWA KITA KE SYURGA

Jatuh ....yang tak mengundang orang simpati ialah jatuh cinta.CINTA adalah fitrah dan kurnia ILLAHI. Tidak ada siapapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai.Namun demikian , puncak CINTA........ada orang masuk syurga kerana CINTA dan tak sedikit orang yang di humban ke neraka gara-gara CINTA. CINTA yang bagaimana yang dapat  membawa seseorang ke syurga?

CINTA yang dialirkan oleh ALLAH kedalam hati, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni.CINTA yang bukan diukur ikut pandangan mata,tapi ikut pandangan ALLAH.Ia ada kerana ALLAH dan CINTA diberipun untuk dapat keredhaan ALLAH.CINTA begini tiada batasannya.Tidak pula kenal jenis kelamin dan kedudukan.Dan CINTA lahir hasil dari CINTA pada ALLAH.

CINTA ynag sesungguhnya ini  berlaku pada lelaki dan lelaki,perempuan dengan perempuan,lelaki dengan perempuan,antara murid dengan guru,suami dengan isteri,sahabat dengan sahabat,rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan TUHANNYA.

CINTA KERANA ALLAH

Kalau berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh perkahwinan , mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa,berbicara atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan ALLAH.

CINTA mereka tidak akan tercela oleh nafsu berahi sahaja.Sebaliknya CINTA itu adalah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah berjumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.Hati sedih kalau orang yang kita cintai ditimpa susah,senang kalau yang dicintai itu senang.Sanggup susah dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

CINTA yang begini diceritakan dalam hadist, yaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan 'ARSY ALLAH' dipadang mahsyar nanti,hari dimana masing-masing mengharap sangat perlindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri , maka isteri akan meletakkan seluruh ketaatan pada suami,hormat dan melayani suami tanpa jemu.Baik ketika suami tunjukkan sayang atau ketika suami marah-marah.Baik ketika suami kaya atau miskin ,atau suami kawin lagi , CINTA isteri pada suami tidak akan berbelah bagi.

Kerana CINTANYA pada suami datang dari ALLAH hasil ketaqwaan isteri.Biarpun datang taupan badai,melanda rumah tangga,isteri tetap memberikan CINTAnya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami , CINTA pada isteri tidak pandang itu isteri tua atau muda.Terpatri pada hatinya.Selagi isteri taat pada ALLAH,isteri tetap dikasihinya.Kalau dia ada empat isteri,tentulah isteri-isteri akan bertanya -tanya , isteri yang manakah yang paling dicintai oleh suami? Kalau CINTA itu bersumber dari ALLAH , tentu isteri yang paling bertaqwalah yang paling dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri yang lain.

CINTA ALLAH YANG UTAMA

Sumber CINTA yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAH yang paling tinggi dan utama.Bila berlaku persengketaan antara CINTA ALLAH dengan CINTA pada makhluk maka CINTA ALLAH dimenangkan.

Misalkan seorang isteri yang CINTA pada suaminya.Tiba-tiba suami melarang isteri melakukan ketaatan pada ALLAH, dalam hal menutup aurat, padahal tutup aurat itu ALLAH wajibkan.Maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorong nya untuk tetap malaksanakan perintah-NYA walaupun suami tidak suka ataupun harus kehilangan suami.

Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan CINTAnya pada ALLAH.Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata CINTA pada ALLAH hanya pura-pura,CINTAnya bukan lagi bersumber kan ALLAH tapi datang dari nafsu.

CINTA yang datang dari ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil ,apalagi yang besar.Seseorang yang sudah dapat mencintai ALLAH ,CINTA ynag lain jadi kecil dan rendah baginya.

Sejarah menceritakan kisah CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf , dia sanggup hendak menduakan suaminya ,yang seorang menteri.

Ketika Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak.Akibat dari peristiwa itu ,Nabi Yusuf masuk penjara.Tinggalah Zulaikha memendam rindu CINTANYA kepada Yusuf.

Penderitaan CINTA yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabakan dia berubah dari seorang perempuan yang cantik menjadi perempuan tua yang tidak cantik lagi.Matanya banyak menangis terkenangkan Yusuf,hartanya habis dibagi-bagikan kerana Yusuf.Sehingga datanglah belas kasihan dari ALLAH terhadapnya.Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengawini Zulaikha setelah ALLAH mengembalikan kesehatan dan kecantikannya.

Peliknya , ketika Zulaikha mengenal ALLAH,datanglah CINTAnya pada ALLAH sehingga waktunya lebih banyak di habiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam ibadah dan zikir.

Begitulah betapa CINTA yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila kenal dan CINTA pada ALLAH.CINTA ALLAH adalah CINTA taraf tinggi.Puncak CINTA ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi kenikmatan.

CINTA pada ALLAH akan lahir pada orang yang mengenal ALLAH.Kerana CINTA lahir ada penyebabnya.Kalau wanita CINTA pada lelaki kerana kayanya,baiknya , tampan, dan sebagainya dan lelaki CINTA wanita kerana cantik,baik ,lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa CINTA pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya dari ALLAH.

Ibu bapa ,suami isteri, sahabat, handai taulan dan siapa yang mengasihi dan mencintai kita , hakikatnya semuanya datang dari ALLAH.Kebaikan ,kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan belas kasih dari ALLAH pada kita.Sehingga ALLAH izinkan makhluk-NYA yang lain CINTA pada kita.

ALLAH yang menciptakan kita makhluk-NYA , kemudian diberinya kita berbagai nikmat seperti sihat,gembira dan lain-lain.Baik kita ingat pada-NYA ataupun waktu kita lalai , tetap diberi-NYA nikmat-nikmat itu.Begitulah , kebaikan ALLAH pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA, yang bererti:"Kalau kamu hendak menghitung nikmat -nikmat ALLAH, nescaya tidak akan terhitung."

Besar sungguh jasa ALLAH dari menciptakan menghidupkan dan memberi rezeki, suami , isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita melalui kehidupan dengan aman bahagia.

Alangkah biadabnya kita kalau segala pemberian ALLAH itu kita ambil , tapi lupa untuk bersyukur pada Yang Memberi.ALLAH boleh saja menyusahkan dan menyenangkan kita dengan Kehendak-NYA.

Oelh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari ALLAH.CINTAnya tertumpu pada ALLAH ,penyerahan diri pada ALLAH sungguh- sungguh.

Setiap saat menanggung rindu.lalu waktunya di habiskan untuk berbisik- bisik dengan kekasihnya.Bila CINTA ALLAH sudah penuh dalam hatinya , maka tidak ada tempat lagi untuk CINTA selain dari itu.

Ada orang mengatakan :"JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA DIA AKAN MEROBEK -ROBEKNYA.TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN PADA ALLAH NISCAYA AKAN DISATUKANNYA .ERTINYA CINTA DENGAN ALLAH PASTI TERBALAS. DAN ALLAH TIDAK MEMBIARKAN ORANG YANG DICINTAI-NYA MENDERITA DI AKHIRAT."

Jadi seorang yang bijak dan beradap akan meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk -makhluk lain di samping-NYA.Itulah peletakan CINTA yang yang betul dan menguntungkan didunia dan di akhirat. Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan.

SEKALI RASA CINTA ITU HADIR..........INGATLAH IA ADALAH KURNIA ALLAH SWT.............HIDUP INI MENJADI INDAH KERANA CINTA............CINTA YANG SUCI...............BUKAN CINTA YANG MENYERET KE NERAKA.SEKALI RASA CINTA ITU HADIR .....................SAMBUTLAH DENGAN BENAR ............ JAGA................... PELIHARA..................... DAN JADIKAN IA CINTA YANG MENGHANTARKAN KE SYURGA..................

Sunday 18 November 2012

Sebesar Apakah Musibah Agama Di Mata Kita?


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...Sekadar perkongsian rohani buat antum yang setia. Cuba fahami hadis ini dengan baik. "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat, dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah? Nabi menjawab, orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.[HR Ahmad]"


Wahai Saudara Iman Sekalian,
Bagaimanakah perasaan kita ketika ada benda-benda dunia yang kita sukai tiba-tiba saja hilang dan tak dapat kita temukan? Bagaimanakah suasana hati kita ketika apa yang menjadi hobi dan kesenangan kita, ataupun rencana liburan ke pantai yang telah disusun rapi jauh-jauh hari akhirnya berantakan dan batal dilaksanakan? Secara umum reaksi yang muncul dari kita adalah perasaan kecewa, jengkel, atau bahkan mungkin marah dan tidak terima terhadap biang penyebab segala kegagalan di atas.
Begitulah reaksi kebanyakan dari kita ketika banyak dari perkara dunia kita yang berlalu dan terlewatkan karena tidak sesuai dengan harapan. Namun sadarkah kita, ketika perkara kebaikan terlewat di depan mata, peluang kebaikan yang akan menambah pundi-pundi pahala dan hadirnya keridhoan Ilahi Robbiy akhirnya berlalu begitu saja, namun hal itu bagi kita merupakan perkara biasa dan bukan merupakan musibah?

Saudaraku,
Dikisahkan bahwa Hatim Al-Asham Rodhiyallahu’anhu pada suatu hari menuju masjid untuk menunaikan sholat berjama’ah. Sesampainya di sana, ternyata sholat telah selesai dilaksanakan. Tidak ada yang mengucapkan belasungkawa, turut berduka cita atas keterlambatan beliau itu selain Abu Ishak Al-Bukhari. Hatim Al-Asham pun berkata, “Andaikata putraku meninggal dunia, tentu lebih dari 10 ribu orang akan mengucapkan belasungkawa turut berduka cita kepadaku. Sebab, dewasa ini masyarakat memandang musibah dalam beragama lebih ringan daripada musibah dunia.
Dalam kesempatan lain, di dalam syarah kitab beliau “Al Hikam”, Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad menuturkan, “Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik. Maka ketahuilah, bahwa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu.”
Saudaraku,
Demikianlah sikap dan pandangan para pendahulu kita yang sholeh dalam memandang sebuah kebaikan. Tertinggalnya satu bagian dari amal kebaikan bagi mereka bukanlah sebuah perkara remeh, melainkan merupakan sebuah musibah agama, akan tetapi sebagaimana terbaliknya keadaan saat ini, dimana kita seringkali memandang remeh sebuah kebaikan yang terlewatkan tanpa pernah kita sesali dan usahakan untuk diperbaiki, padahal boleh jadi rahmat Allah ada pada perbuatan yang kita anggap remeh tersebut.
Saudaraku,
Semoga kisah di atas bisa menjadi renungan bagi kita, dan semoga Allah Subhanahu wa ta’ala senantiasa mencurahkan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita, memperbaiki hari-hari kita dengan kemuliaan taat, bertambahnya kebaikan pada diri kita, keluarga kita dan seluruh kaum muslimin, sehingga hari-hari yang berlalu dalam hidup kita mulai saat ini tidak lain telah berisi nilai-nilai kebaikan yang mulia dalam pandangan-Nya…aamiin.
Astagfirullahal ‘azhiim,
Wallahu a’lam

Saturday 17 November 2012

Kenangan Bersama

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . Liailatan sa'iedah~ . Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah Ya ALLAH . Syukran kerana Kau masih beri nikmat degupan jantung kepada hambaMu yang hina ini .Alhamdulillah walau sibuk menghimpit, sempat jua untuk iman mengisi entry kali ini walaupun sudah terlambat.


Pada taggal 08 November 2012 Prefect Body disekolah iman telah berjaya membuat satu majlis yang paling bermakna buat semua pengawas iaitu majlis 'Annual Dinner' yang bertempat di Raudhah Hotel,Kota Bharu, Kelantan. Majlis pada malam itu alhamdulillah majlis dapat dijalankan dengan lancar atas kerjasama daripada insan yang sangat saya hormati iaitu Madam Nik Norliza selaku guru pengawas bagi tahun 2012 yang telah banyak berkorban untuk Badan Pengawas bagi sesi 2012. Malam itu merupakan malam yang terakhir iman berdiri dihadapan para pentadbir dan para pengawas,  dan tahun ini juga merupakan tahun yang terakhir iman digelar sebagi pengawas. Iman tidak pasti samada haruskah iman bergembira atau berduka lara..
(^__^)Siapa Dia.?
Dalam ucaptama iman yang merangkap sebagai 'Head Of Prefect 2012' banyak iman selitkan nasihat dan kata sinis untuk direnungkan bagi orang-orang yang ingin berfikir. Ucapan yang terzahir itu hasil daripada asam garam yang iman lalui semasa merangkap jawatan ini.  Jawatan sebagai KETUA PELAJAR sebenarnya amatlah sukar untuk merealisasikan jika tidak berilmu. Pada hemat iman, untuk jawatan yang besar ini sebenarnya tidak layak untuk iman tapi bila iman cuba untuk berfikir positif, mengapa iman dipilih oleh pihak sekolah.? Semua persoalan itu telah pun dijawab oleh ALLAH. ALLAH tidak akan memberikan sesuatu jawatan itu kepada iman sekiranya iman tidak dapat memikul, kata-kata semangat yang iman petik dari Kitabullah itu sudah cukup untuk menjadikan iman lebih kuat. Tahun ini merupakan tahun yang paling pedih bagaikan laluan yang beronak dan berduri. Walau begitu, iman optimis bahawa dengan kepedihan itu sebenarnya sangat memberikan banyak pengalaman untuk iman terus lagi dalam bidang kepimpinan setelah 11 tahun merangkap jawatan sebagai pemimpin pelajar.
"Rumah Siap Pahat Berbunyi" itulah pepatah yang sesuai iman ungkapkan berkaitan dengan jawatan iman. Berbohong bila iman cakap "iman tak kisah" bila ada yang masih mempersoalkan tentang ini. Tapi jika iman terus menerus untuk jadikan ini sebagai bebanan maka segala masalah tidak dapat diselesaikan dengan baik. Mengapa iman mengetengahkan pepatah ini dalam entry kali ini? Hal ini demikian kerana seperti kebiasaan jawatan 'Headboy' ini akan dijawat oleh pelajar tingkatan enam namun berbeza bagi tahun 2012 kerana pihak sekolah telah memilih pelajar tingkatan lima untuk merangkap jawatan ini. Ini sudah jelas untuk pihak "itu" menimbulkan pelbagai konflik namun itulah hakikat seorang PEMIMPIN.
Walau kita berjalan seiringin namun  bukan semua yang sehaluan dengan kita!
Jika kita menilai diri kita berlandaskan nafsu,sudah tentu semuanya betul!,semua tidak salah! dan menganggap orang disekeliling anda semuanya SALAH.. Dalam kehidupan kita, kita tak perlu mencari salah orang, akan tetapi memperbetulkan apa yang salah. Sebenarnya apa yang kita ucapkan untuk melaksanakan amanah itu sangatlah mudah.. tetapi yang sukarnya apbila untuk melaksanakannya.Kata2 yang tersirat perlu difahami dengan teliti agar menjadi pedoman dalam hidup. Namun dilupa tidaklah mudah ,Setiap detik menjadi sejarah ,Terpahat dihati amatlah indah walaupun pahit, disitulah  banyak pengalaman mengajar saya menjadi PEMIMPIN.Walaupun begitu KERINDUAN iman kepada kalian tetap tidak bisa hilang.

Malam 8November itu juga banyak persembahan yang telah dipertontonkan dan yang lebih membanggakan kami majlis itu telah mendapat pujian daripada VIP yang hadir pada malam itu. Alhamdulillah segla puji bagi ALLAH yang telah menjayakn majlis itu, yang paling mencuit hati ialah sesampainya ke acara terakhir iaitu bertukar-tukar hadiah. Pada acara kemuncak itu, iman dapat hadiah yang paling besar dalam ramai-ramai yang hadir tapi biarlah menjadi rahsia..hehe..SURPRISE!!!! Dan untuk “Si Dia” yang bertuah mendapat hadiah daripada iman,tahniah.!Dan semoga itu dapat memberi manafaat buat anda.

 "Wahai Insan Bertuah"......Hadiah yang tidak seberapa ini hanya sekadar simbol yang kelak akan hilang dimamah zaman tapi DOA dan amal jariah tetap kekal abadi.. Sajak ini pula khas iman ciptakan buat insan yang bertuah menerima hadiah ini  “Sejuta harapan akan terucap saat malam gelap bertabur bintang. Sejuta cinta akan tercurah saat hati gelap bertabur sayang. Perasaan memang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata,  perasaan hanya bisa diungkapkan dari hati ke hati”


PERPISAHANKU.....
Inilah yang selalu kubilang
bahwa hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana laju perputarannya
tapi roda selalu berputar kawan
Dalam setiap perjalanan
kita merantai kisah
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
Semuanya berpadu dalam balutan
Persahabatan
Ada kalanya kita berselisih
tapi lebih banyak berbagi kasih
Ada kalanya kita egois
tapi lebih banyak saling mengerti
Ada kalanya kita tak sejalan
tapi lebih banyak kita bergandengan tangan
Jarum jam adalah saksi
berapa waktu telah terlalui
Bulan dan langit malam adalah kawan
saat dera kesibukan menjelang pemeriksaan
Jamu datang bulan dan bebaqaran
semua menjadi kesaksian
betapa berartinya seorang kawan
Tapi hidup adalah perubahan kawan
Sekali lagi kubilang
Seperti aliran air hujan dalam sajak yang kau sukai
Kemana pun alirannya mereka berguna
Begitupun kita
Bagaimana pun perputarannya
menuju pada arah yang sama

                                                                                     By: Ahmad Fahmi Azalee(Headboy2012)
                                                                                             8November2012

CINTA Terlarang Destinasinya Adalah NERAKA...



Kekasihku tiada menyamai kekasih yang lain,Biar bagaimana SATU pun tiada selain DIA yang dapat bertempat di dalam hatiku.Kekasihku ghaib daripada penglihatanku tapi DIA tidak pernah ghaib di dalam hatiku walaupun sedikit!!Subbahanallah Maha Suci Allah...!Cinta Abadiku hanyalah untuk-Mu Ya Allah..Cinta kepada Allah dengan penuh ketaatan, Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia, Cinta kepada jihad dengan perjuangan, Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah c0ntohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih peng0rbanan...Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap "seseorang itu" adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya..Liku-liku cinta terkadang bertemu Syurga..Menikmati pertemuan indah dan abadi.. Tetapi tidak jarang bertemuNeraka.. Dalam pertarungan tiada berpantai.. ...Rasa cinta tidak salah, tetapi kesalahan boleh berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlaku ‘cinta terlarang’ – cinta yang menafikan peraturan ALLAH. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak fitrah tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan yang benar maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Cinta yang penciptaan asalnya bertujuan membahagiakan dan membantu meringankan bebanan hidup, menjadi beban paling berat dan penjara paling menyeksa.Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Lebih-lebih lagi bila hukumnya dilanggar tanpa rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah, malah loyar buruk mengatakan ‘ALLAH kan Maha Pengampun?’. Tubuh kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Bila bermula satu sentuhan, hampir mustahil untuk mundur ke belakang apabila nafsu dan syaitan sudah menguasai. Semuanya seolah-olah halal atas alasan cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan fitrah cinta dianggap baja.Akhirnya berbuahlah pohon cinta terlarang – pahit, masam, beracun dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai label yang menjijikkan. Ketika itu hilanglah kemanisan cinta. Jika cinta begini yang diburu, tidak pelik jika cinta muncul dalam hidup dalam rupa monster yang menakutkan…kerana ia memberi pengalaman yang cukup menyakitkan. Lalu cuba salahkan orang lain yang ‘menabur janji kosong’, ‘manis kata di bibir mulut, tapi hati lain bicara’ – malah ada yang hingga tahap menyalahkan takdir kerana memisahkan ‘cinta suci’ antara dua insan. Cinta terlarang begini, bukan sahaja destinasinya neraka di akhirat malah neraka sepanjang perjalanan di dunia. Kemanisannya hanya dapat dirasai di titik permulaan

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Jika hilang agama itu, maka turut hilanglah juga kecintaanku kepadamu." ~Imam Nawawi