Friday 26 October 2012

Itulah Pengorbanan

♥ Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt ikhwan/akhwat .

               ♥ SALAM EIDUL-ADHA |TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM| ♥ 

ALLAHUAKHBAR3x.... Alhamdulillah wa syukranlillahirabbi a'alamin.... Di pagi Raya Eidil Adha hari ini, iman mengenakan baju melayu berwarna kuning untuk menunaikan solat sunat Eidul Adha..Hari Raya Eidul Adha ini sungguh terpancar bibit wajah kesyukuran diwajah nan lesu ku, namun jauh dilubuk hati kecil rasai KETAKUTAN dan KESEDIHAN.. mungkin antum bertanya, kenapa iman takut @ gementar .. Antara jawapannya adalah kurang daripada 10 hari sahaja lagi iman bakal menduduki SPM.. ALLAHURABBI... Dan mengapa pula iman SEDIH ? Jawapan kepada persoalan ini akan iman utarakan dalam entry kali. InsyaALLAHu ta'ala.
Entry kali ini, iman suka untuk berkongsi dengan antum tentang seorang insan yang yang dikenali dengan "Pok Sen" ini. Semasa iman sampai di kampung iman di Kampung Paya Senang, Kota Bharu. Kelihatan berpusu-pusu orang kampung menuju ke destinasi yang dimana diadakan Ibadah Qurban selepas menunaikan Solat Sunat Aidil Adha.. "Air mataku mengalir" itulah ungkapan yang sesuai iman ungkapkan dan bisa terjemahkan melalui peristiwa Ibadah Qurban untuk tahun ini, ALLAH ALLAH ALLAH ..... Tatkala lembu telah dibaringkan dengan penuh kasih sayang dan penuh lemah lembut oleh pemilik lembu tadi, yang dikenali ramai dengan nama "Pok Sen" dikampung iman. Iman terkesima bilamana iman melihat "Pok Sen" membaringkan lembu itu seperti anaknya sendiri tanpa banyak karenah yang ditunjukkan oleh lembu itu dan hanya menurut perintah dengan akur.

Ya ALLAH begitu kasihnya beliau kepada lembu itu. Jika begitu yang dilakukan oleh beliau maka rahmat dan kasih sayang ALLAH akan bersamanya.... Kira-kira tidak jauh dari tempat iman berdiri, iman bisa melihat titisan air mata beliau. Sehinggakan orang-orang yang berdekatan dengan beliau turut serta mengalirkan air mata. Kebiasaan yang iman lihat, pasti akan ada 5 hingga 6 orang lelaki yang akan menjatuhkan lembu yang akan diqurbankan dan mereka memperlakukan lembu tersebut bukannya dengan cara yang lembut tetapi dengan cara yang agak kasar.. Seolah-olah mereka lupa akan kisah Nabi Ibrahim as mengorbankan anaknya Nabi Ismail as diatas perintah ALLAH..

Cuba antum bayangkan jika anak kesayangan antum terpaksa antum korbankan pagi ini dengan perintah ALLAH??? Sudah pasti tidak sanggup untuk melakukan!

Iman cuba untuk mendekati insan yang bernama Pok Sen dan iman cuba untuk membangkit kembali isu berkaitan Qurban yang dilakukan oleh beliau itu sebentar tadi supaya beliau menceritakan kisah mengapa beliau mengalirkan air mata dan bagaimana lembu itu dapat dibaringkan tanpa banyak karenah.. dan beliau berkata dalam loghat kelantan "pok cik dahlamo pliharo lembu, setiap kali rayo aji nak dekat, mesti pokcik sedih.. kalau adik nok tahu, lepas rayo aidilfitri mesti pokcik akan jago sebagaimano pokcik jago anok pokcik.. pokcik bagi makan dan mandi setiap hari malah pokcik jugok bagi tempat tidur yang selesa kepado lembu-lembu yang akan pokcik sembelih pado hari rayo haji.. Pokcik teringat kepado kisoh-kisoh Nabi Ibrahim as yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail as.. Pokcik cubo untuk mengambil pengalaman macamano perasaan Nabi Ibrahim as bilo tahu ALLAH memerintoh untuk menyembelih Nabi Ismail anaknya sendiri. ALLAHUAKHBAR!

Dari cerita yang beliau kongsikan bersama iman, dapat iman simpulkan disini ialah Ibadah Qurban sebenarnya bukan pada niat yang dilakukan untuk melakukan pengorbanan, namun bagaimana kita merealisasikan erti PENGORBANAN tersebut.. Iman berharap semoga apa yang iman kongsikan ini dapat sedikit sebanyak ilmu untuk dimanfaatkan kelak.

Tuesday 23 October 2012

Uhibbuki Fillah

♥ Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . Liailatan sa'iedah~ . Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah Ya ALLAH . Syukran kerana Kau masih beri nikmat degupan jantung kepada hambaMu yang hina ini . Esok, belum tentu jantung iman kekal berdegup atau tidak . ALLAHu ALLAH . Matikanlah kami dalam keadaan yang Kau redha dan dalam keadaan beriman dan bertakwa kepadaMU . Allahumma Amin .

Iman sedar akan hakikat kita sebagai khalifah di atas muka bumi ALLAH ini yang penuh dengan fitrah pada awalnya, tetapi masa kian bertambah yang membuatkan iman risau ialah bila FITRAH sudah bertukar kepada FITNAH.. insyaALLAH malam ni iman nak kongsi sedikit sebanyak bersama antum tentang CINTA...

"Anta tahu apa itu makna "uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada Iman. "Mencintaimu kerana ALLAH," Ringkas jawapan Iman. Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan iman. Riak muka tidak puas hati lagaknya. "Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya, " luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan. Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi. "Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian. Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?

Tidak.. bukan itu yang Iman maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana ALLAH semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'. Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan ALLAH kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak ALLAH. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita. Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula. Nasihat ini jelas untuk Iman dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi... Iman sekadar memperingati antara satu sama yang lain..
 
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Aku sering bertanya pada "imanku"
Bagaimnakah CARANYA untuk membuatkan diri iman DICINTAI oleh seseorang..?

Ibnu al-Qayyim menjawab, " CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI-NYA untuk DIRIMU."

Imam Syafie pula menjawab, "... Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita ...”


Indahkan apea yg ALLAH ciptakan ni semua buat kita, namun kadangkala prkara ni semua telahpun kita ketahui tapi sukar jua untk realisasikn,bukan?

Kadangkala LELAKI sering di COP 'jual mahal' atas kerana apa? Kerana tidak menerima PERMATA "itu".... BUKAN taknak terima permata 'itu' , tapi untuk mengambil permata itu, sangat sukar!.. perlukan ilmu yang cukup untuk memiliki permta itu..... tapi bukan semua manusia yg bernama wanita memahami hakikat ini, maaflaa jika trrrsilap tafsir. 


Masa bersama rasa sekejap, tak puas,
Jika bercinta, panas tak terasa walau tiada bumbung,
Jika bercinta, bercakap 3 jam terasa 3 minit,
Jika bercinta, nak jumpa akan pakai wangi2, cantik2.
Jika bercinta, apa diminta diusahakan sebaik habis.
Jika bercinta, taat setia, sanggup menunggu lama.
Jika bercinta, asik teringat kata-kata, asik teringat dalam hati....

Itu Fenomena Normal Bercinta Lelaki Dan Wanita... Kenapa Tidak Begitu Apabila BerCINTA Dengan ALLAH Swt?


Jika bercinta dengan ALLAH SWT, solat tak rasa berat, tak puas solat wajib, tambah pula solat sunnat, solat malam.
Jika bercinta dengan ALLAH SWT, keluar berdakwah menyebarkan agama Islam, panas terik padang pasir boleh tahan, apatah lagi panas terik Malaysia yang banyak wap air 'Humidity' tinggi.
Jika bercinta dengan ALLAH, mulut sentiasa berzikir, hati sentiasa berzikir, sentiasa berkomunikasi melalui doa-doa..
Jika bercinta dengan ALLAH, nak solat akan pakai wangi2, cantik2, kemas2,
Jika bercinta dengan ALLAH, apa sahaja suruhan ALLAH akan dituruti walaupun tak selari dengan nafsu dan kehendak peribadi.
Jika bercinta dengan ALLAH, taat setia, sanggup berkorban apa sahaja demi suruhan, larangan, permintaan, saranan dari ALLAH di dalam Al-Quran.
Jika bercinta dengan ALLAH, asyik teringat ayat Al-Quran yang merupakan Kalamullah, kata-kata ALLAH melalui kitabnya.

Realitinya Betulkah Cinta Kita?
(TEPUK DADA, TANYA IMAN)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana ALLAH tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

 ♥ Tujuan hidup ini hanyalah untuk menghambakan diri dan mengabdikan diri kepada ALLAH SWT . Kita hidup di dunia ini hanyalah untuk akhirat . Bagi orang yang cerdik dan berakal itu dia tidak akan menetap , dia akan bermusafir untuk mencari ilmu dan tidak hanya bersenang lenang di rumah . Tinggalkanlah rumahmu , negerimu untuk menggembara menjadi orang asing yang mencari ilmu ALLAH . Menggembaralah wahai penuntut ilmu , nescaya kamu akan mendapat ganti dengan apa yang kamu tinggalkan . Lakukan lillahi ta'ala . Bukan kerana duniawi .Wallahualam . Laila sa'eda . Salam'Alaik .

Saturday 13 October 2012

Pemikiran Yang Kian Rapuh


Assalamualaikum wbt ikhwan/akhwat yang dikasihi sekalian... Alhamdulillah iman masih lagi diberi peluang untuk mengisi entry untuk malam ini.. Malam yang amat gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, di sisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah ALLAH SWT jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada ALLAH SWT dan ada waktu malam yang dihiasi dengan derhaka kepada ALLAH SWT. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya. Sekadar untuk mengajak antum berfikir. Luangkan masa sekejap jea untuk menghayati bingkisan kata dari Iman:') Jazakumullahukhairan

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada ALLAH untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada ALLAH bahawa kita masih hidup !

Pengisian dari iman untuk malam ini memang 'simple' tapi cubalah untuk berfikir dengan matang beserta ILMU.. Oleh itu, iman suka untuk mengajak sahabat-sahabat iman untuk kita sama-sama muhasabah kembali diri kita.......Renung-renungkan.

Kehidupan Yang Terikat Dengan Ujian Dari ALLAH


♥ Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt ikhwan/akhwat...Perbanyakkan berselawat ke atas Jnjungan Besar Nabi Muhammad SAW hari ini . Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita dan sentiasa berada di bawah jagaanNYA . InsyaALLAH . May Allah forgive our sins and grans us Jannatul Firdous .amin ya Rabb. Kini Iman kembali lagi dalam ruangan baru...Iman berharap ada manfaatnya bila ikhwan baca . Luangkan masa sekejap untuk menghayati bait-bait yang hati ini persembahkan :') Jazakumullahukhairan .

  In everyday life people do not ever escape the hardship of life. Only for those who are always patient will go through all the hardships of life with calm and confident all the hardships, there comes from it. Mereka yakin bahawa setiap liku kehidupan ini jika dilalui dengan sifat-sifat sabar, Allah S.W.T akan membalasnya dengan seribu kali kesenangan dan maka terimalah berita-berita gembira bagi orang-orang yang selalu bersabar seperti mana firaman Allah yang bemaksud:
“Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155)
Hakikatnya manusia sentiasa diuji Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan dan keyakinan mereka kepada-Nya. Apakah kita ini seorang yang bersikap sabar dan cekal hatinya atau mudah goyah imannya apabila diuji dengan pelbagai dugaan di dunia yg sementara ini?
Ujian Allah SWT kepada hamba-Nya meliputi semua peringkat usia, pangkat dan ujian ini Allah berikan tidak mengira tua muda, miskin kaya, mahupun pemimpin tertinggi atau rakyat biasa. Semuanya tidak terkecuali daripada mendapat ujian Allah SWT. Oleh yang demikian, kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bersabar dan bersyukur dalam keadaaan apa sekalipun kerana seseorang yang beriman itu meyakini setiap ujian itu satu penghapusan dosa dari Allah S.W.T.
Saaya ingin mengajak untuk berfikir dengan hadis ini,.adakah kita tergolong.??sama-samalah kita nilai dengan mata hati..

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: “ Siapakah yang enggan?” Baginda bersabda : “ Sesiapa yang taat kepada ku ia masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku ia masuk neraka.”
(al-Bukhari)

   Pada hakikatnya tiada seorang pun yang waras fikirannya enggan memasuki syurga, malah yang bermati-matian mengejar dunia ini sekali pun, tidak lain ialah kerana menganggap dunia ini adalah syurga yang terlalu indah padahal syurga yang sebenar adalah syurga akhirat yang kekal abadi. Enggan memasuki syurga bererti seseorang itu memilih untuk memasuki neraka. Kesimpulan daripada hadis di atas ialah bahawa orang yang bakal memasuki syurga adalah orang yang taat kepada Rasulullah SAW sedangkan pengertian orang yang tidak mahu memasuki syurga adalah mereka yang derhaka kepada baginda SAW.

Senang, bahagia, suka cita, duka cita, kecewa dan sebagainya adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Ketika mendapatkan sesuatu yang menggembirakan dari kesenangan-kesenangan duniawi maka kita akan merasa senang dan gembira. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diinginkan maka kita merasa sedih dan kecewa bahkan kadangkala sampai putus asa. Akan tetapi sebenarnya bagi seorang mukmin, semua perkara itu adalah baik. Jika kita merasa sedih kerana sesuatu menimpa kita maka mohonlah (berdoalah) kepada Allah S.W.T. Hadapilah kesedihan itu dengan kesabaran dan menyerahkan semua permasalahan kepada Allah supaya Dia menghilangkan kesedihan tersebut dan menggantikannya dengan kegembiraan.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
Setiap apa yang menimpa diri kita ataupun orang lain daripada perkara-perkara berupa kesulitan dan sebagainya, semuanya berpunca daripada sikap kita yang meremehkan perintah Allah S.W.T, tidak menganggap penting dan tidak pempedulikan hak-hak Allah yang seharusnya dipenuhi oleh hamba-Nya. Oleh itu selaku manusia kita hendaklah memilki sifat al-Khouf dan ar-Roja’ karena dengan memiliki kedua perasaan tadi manusia akan berfikir bahawa boleh jadi Allah akan menyiksanya atau merahmatinya. Hal ini akan menggerakkan manusia untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin manakala dengan sifat al-Khouf pula akan mengekang manusia daripada melakukan perbuatan yang membahayakan keselamatan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna dan manusia itu amat dhaif tanpa adanya pemberian ataupun nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Dengan itu manusia handaklah bersifat sebagai hamba yang sentiasa cemburu untuk mendapatkan kasih sayang dan rahmat Allah bukan bersaing mahu menempah kemurkaan Allah S.W.T.Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya. Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya...Fikirkanlah apa yang kalian lalukan diwaktu muda kalian??

Friday 12 October 2012

Pengalaman itu adalah "GURU" yang terbaik buat kita.

Iman merasakan bahawa makin lama iman menjalani kehidupan yang beronak dan berduri ini,makin ramai akan iman temui.Selama iman diberi pinjam nafas ini untuk mengabdikan diri kepada Allah,mungkin sudah melebihi 100000 orang manusia yang iman temui, maka dengan itu berarti 100000 jenis perangai sudahpun iman rasai dan temukan...

 


(T_T)Manusia akan menangis jika dia merasakan sesuatu bebanan itu tidak tertanggung olehnya.,menangis itu indah!tapi bagaimana untuk menjadikan menangis itu indah??dan untuk tidak menjadikan kesedihan itu pengikat diri kita. Remaja zaman kini, selalu menangis.. kenapa wahai remaja?? kerana CINTA!!! Iman tak nak kawan-kawan salahkan CINTA, jangan salahkan cinta... cinta itu anugerah dari Allah swt untuk semua hambaNya.Cuba kita perhatikan disekeliling kita sekarang,semuanya berpasangan ada gelap dan cerah,ada rendah dan tinggi,ada bodoh dan cerdik,ada wanita dan lelaki,ada syurga dan neraka,dan ada dosa dan pahala.Begitulah sebaliknya... Disini ingin iman mengajak untuk berfikir bahawa Allah swt itu Maha Bijaksana dalam menciptakan kita dan Maha Mengetahui apa keperluan kita...Mengapa semua perkara ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita??kerana ALLAH yang menciptakan kita,sudah tentu ALLAH lebih tahu apa keperluan kita, lebih memahami perasaan kita, lebih bijak memujuk kita dan lebih pandai untuk menjaga kita berbanding dengan kekasih ANDA. Apa yang bisa kekasih anda bagi kepada anda????apa???cuba anda jawab.Tepuk dada tanya IMAN.


Soal 'CINTA' dalam kalangan remaja dianggap perkara biasa.Mencintai sesama insan itu memang perlu sebagaimana ada dalam 1 hadis Rasulullah SAW tetapi remaja kini telah menggunakan anugerah itu ke jalan yang salah. Jika dibicakan mengenai 'JODOH' langsung iman tak kesah..kerana segalanya sudah teratur di Luh Mahfz. Seandainya anda COUPLE sudah pasti ke anda akan berkahwin dengan dia??tolong jangan bagi harapan kepada yang mengharapan jika tak ingin jadikan isteri. Rasa cinta adalah anugerah Allah kepada setiap manusia. Jiwa memerlukan cinta sebagaimana jasad perlukan makanan. Cinta ibarat api yang menjadi sumber tenaga kepada kehidupan. Ia menyinari manusia sebagaimana matahari menyinari alam. Dengan kekuatan cinta manusia sanggup dan mampu menempuh pelbagai rintangan - gunung sanggup didaki, lurah dituruni, lautan sanggup direnangi - semata-mata untuk memiliki cinta. Allah menghadiahkan perasan cinta dalam keadaan yang cukup murni. Namun jika kemurniannya tercemar, jadilah ia api yang membakar hangus - bukan lagi sebagai sumber kehidupan tetapi pemusnah yang menghancurkan, tidak lagi menyinari alam tetapi menjadikan alam hitam kelam seperti arang..Jadi,cuba kita tanya pada diri yang ber'couple', adakah anda ber'couple' itu kerana memang anda betul CINTA atau kerana NAFSU? Jangan biarkan nafsu yang menjadi pemandu kepada segala kerja anda,akan tetapi biarkan IMAN yang memandu jiwa anda...Bila inginkan IMAN yang memandu jiwa anda, perlu pula untuk mencari ilmu pengetahuan sebagai bekalan.

Apa yang Iman paling KECEWA???? Bila seorang sahabat yang paling baik dengan iman sebelum ini, tapi bila dia diuji oleh Allah swt dengan didatangi seorang wanita dalam hidupnya. Iman yang dulu umpama isi dengan kuku kini semuanya berubah dengan sekelip mata sehaja. Bila 'mabuk' dibuai khalayan lagho duniawi maka sahabat didepan mata umpama kayu tunggul.Hanya sekadar melihat dan abaikan,hanya itu sehaja..Tetapi kadangkala ianya berubah bila iman berada berhampiran dengan wanita itu.Mengapa iman berkata demikian?boleh kalian berfikir.... Kerana dia ingin menjadi yang terbaik dimata wanita dengan berbuat baik dengan iman. Lihatlah di dalam diri sendiri dan nilailah dengan jujur. Pakar psikologi adalah manusia biasa yang mungkin tersilap tetapi jika kajian mereka benar,perkara ini perlu diusahakan. Mampukah cinta menjangkau bahagia dari dunia hingga ke akhirat? Jawapannya ya, namun mana mungkin kita dapat memiliki sesuatu yang berharga secara percuma - jika percuma, sahlah ia 'barang tiruan' - bukan cinta murni yang sejati.

Kehidupan di dunia hanyalah sebahagian dari siri perjalanan yang panjang seorang manusia. Bermula dari alam roh, kita berpindah ke alam rahim sebagai janin yang berkembang sehingga dilahirkan ke dunia sebagai bayi. Kini kita berada di alam dunia - menghabiskan usia sehingga proses kematian membawa kita berpindah ke alam barzakh. Di barzakh, kita menunggu sehingga kiamat untuk semua manusia dikumpulkan di alam mahsyar. Di mahsyar, proses pengiraan amal berlaku membawa kepada perhentian terakhir kita - syurga atau neraka. Alam yang paling kritikal adalah alam dunia di mana kita diberi 'kebebasan' untuk 'memilih' jalan hidup.

Sangat menarik untuk sahabat-sahabat iman buat renungan, sebenarnya dalam hal ini,kita tidak bisa menunding jari atas 1 pihak,jika bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi,bukan?...dan kalau kita faham betul-betul isi kandungan Surah Al-Israk: ayat 32 ini,perkara terkutuk itu tidak akan berlaku.
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." ...ianya berlaku kerana perasaan cinta yang timbul yang dikuasai oleh nafsu bukan perasaan cinta itu dikawal oleh iman...Cinta, sayang dan rindu semua itu anugerah yang Allah kurniakan pada kita,ingin mencintai atau dicintai adalah fitrah semulajadi manusia,tidak dapat dinafikan lagi.Semua itu tidak salah,tetapi! yang salahnya bila menjalinkan hubungan antara dua insan yang tidak sah...Di sini jelas akan melahirkan bibit-bibit maksiat, pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh SETARAF DENGAN HAIWAN bahkan lebih teruk dari haiwan.Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan ini.aamin,insyaAllah.dan kesimpulanya; Jangan Pernah Terlibat @ Melibatkan Diri Dalam Gejala COUPLE ..kerana disinilah puncanya! Jangan risau wahai sahabat-sahabat dan saudara seagama dengan aku, Allah dah tentukan jodoh yang terbaik buat kita,..rapatkn diri dengn Allah pasti bahagia dan sentiasa bermohon!cukup ALLAH dihati kita..dan jangan pinggirkan sahabat anda oleh kerana wanita!


Tuesday 9 October 2012

BERJALAN MENCARI SINAR

♥ Assalamualaikum ....... Dalam kehidupan iman, iman selalu diuji oleh ALLAH.... tapi iman sedar setiap pengaturan Yang Maha Bijaksana  ni pasti terselit kemanisan dhujung pengakhiran..

Kadangkala,
Aku terpaku mencari jawapan kehidupanku,
Berlari dan terus berlari,
Mengharapkan penghujung yang sejati,
Tercungap-cungap mencari nafas ketenangan hakiki,
Lantas aku berhenti sebentar,
Refleksi diri yang kian gentar,
Bertanya semula kepada kalbu yg keletihan,
Apa yang aku lari-larikan sebenarnya?
Apabila hakikatnya,
Kebahagiaanmu tersuluh di depan mata,
Kemuliaanmu terpancar hatta di celah-celah kota,
Walau dunia penuh pancaroba,
Dirimu sentiasa menanti masa,
Mencari, dan terus mencari.

...Kerdipan Yang Hilang...
Kilauan kerdipan mereka laksana bulan yang hadir pada malam hari, menerangi seluruh pelosok dunia dengan kecantikan budi pekerti dan akhlak yang terpuji.
Ketika Allah menciptakan mereka, kesemuanya harus menjadi seorang yang istimewa. Dikurniakan dengan bahu yang cukup kuat untuk menampung fatamorgana dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan ketenangan dan kebahagiaan.
Meskipun dilitupi dengan 'selendang islami' dan hijab kemuliaan, mereka dikurniakan Allah dengan kekuatan dalaman yang abadi, cukup kuat untuk melahirkan anak dan menahan mehnah tribulasi yang seringkali datang daripada anak itu..
Allah menguji mereka dengan kekerasan dan kesengsaraan agar dirinya tetap tabah ketika orang lain sudah menyerah. Mengasuh keluarganya meskipun ditemani dengan penat lelah yang tidak pernah henti walau sesaat.
Allah memberikan kefahaman dan sifat penyayang yang tinggi kepada mereka, demi menahan kerenah anak-anak yang sering menyakitkan hati mereka, tetapi tetap jua anak itu disayangi tanpa kurang walaupun sedikit.
Allah memberinya kekuatan untuk 'mendukung' suaminya yang dilanda kegagalan dan kesusahan. Melengkapi 'tulang rusuk' kebahagiaan yang selama ini dicari.
Dikurniakan air mata untuk dititiskan. Namun, ramai yang tidak tahu, titisan-titisan itulah yang telah banyak melahirkan 'lautan ibrah' yang luas terbentang buat tatapan sanubari.
Itulah mereka. Insan-insan yang bergelar WANITA.
Kalianlah pencorak masa hadapan dunia. Tidak ada insan selain Nabi Adam yang melihat dunia ini tanpa bermula daripada rahim seorang insan yang bergelar wanita. Keluarkanlah nama-nama yang tersemat di lubuk pemikiran kita, hebat ataupun tidak insan tersebut. Mereka semua melalui alam rahim yang sama seperti kita semua, diasuh dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Daripada saat kita merangkak, berjalan sehinggalah mampu berlari, insan-insan ini tidak pernah meninggalkan kita.
Maka, adakah sesiapa yang berani merendah-rendahkan kaum ini ?
Ya. Kita yang bergelar ar-rijal (lelaki).
Mengakulah betapa kesengsaraan akan menimpa dirimu tanpa belaian kasih dan sayang daripada kaum yang bergelar wanita ini.
Mengakulah betapa hati-hatimu sentiasa teruji hatta hanya dengan mendengar bingkisan suara mereka yang penuh kelunakan.
Sedangkan Adam sunyi tanpa Hawa. Apakah agaknya yang tiada di Syurga ?
Masihkah kita tidak ingin mengaku kehebatan mereka yang bisa melentur peribadimu secara total?
Tetapi,
Mengapa golongan ini juga yang engkau permain-mainkan maruahnya?
Kenapa mereka juga yang engkau siul-siulkan di tengah jalan itu?
Kenapa srikandi-srikandi ini juga yang engkau rosakkan akhlak dan peribadinya?
Diri kita fitrahnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Untuk membimbing kaum hawa ini satu obligasi, bukan ilusi.
Dirimu adalah Qowwamun (Pelindung) kepada wanita, bukannya perosak.
Mengajak mereka berdua-duaan di tempat gelap itu bukan 'melindungi' namanya.
Bicara manis dan romantis di telefon dan SMS itu pula hanyalah 'insuran' palsumu. Sedangkan sijil nikahmu dengannya pun belum ada, betapa beraninya dirimu mengatakan akan mendaki Gunung Everest dan merentas lautan api demi meraih cintanya.
Cinta? Itu sesuatu yang agak panjang untuk kita bincangkan.
Apa yang penting, cinta kepada insan itu terletak pada pembentukan Baitul Muslim mu. Bukan pada hubungan-hubungan palsu yang kita 'jaga' dan sanjungi itu.
Cinta itu juga Islam. Maka, keadaannya perlulah Islam, pengakhirannya perlulah Islam, bukannya disaluti dengan nafsu yang bergejolak.
Maka, bertanyalah semula kepada diri kita. Adakah kita sedang 'memimpin' cinta kita ke arah syurga? Ataupun ke arah neraka?
Duhai dikau yang bergelar srikandi.
Dirimu pada dasarnya dicipta dengan penuh kemuliaan. Dikurniakan dengan sesuatu yang mustahil dimiliki oleh ayah, adik, dan abangmu.
Ketahuilah betapa suara lunakmu bisa menggegarkan dunia.
Sedarilah betapa pandangan dan peribadimu melahirkan ibrah yang menggunung.
Dirimu begitu berharga sebagai penenang hati-hati yang sedang gundah gulana.
Dirimu lebih kuat daripada yang apa engkau sangkakan.
Sedangkan sebuah kerajaan pun boleh jatuh disebabkan seorang wanita. Apatah lagi untuk menghancur-luluhkan kehidupan seorang lelaki yang berpenyakit hatinya.
Engkau ibarat mawar yang berduri. Sentiasa berdiri menahan bayu cabaran yang mendatang. Hatta kumbang datang untuk membinasa, duri dahanmu tetap bersedia, tetap tidak pernah hilang harga diri, meski dipujuk dan dirayu oleh nafsu sendiri. Melainkan syariat yang memberi.
'Facebook' dan blog itu bukan tempat manifestasi kecantikan paras rupamu.
Nilai maruahmu begitu tinggi untuk ditayangkan kepada yang bukan hak.
Jangan! Jangan digadaikan untuk sesuatu yang tidak setaraf dengan nilai harga dirimu ya ukhti.
Kecantikanmu bukan pada paras rupa, tetapi lebih kepada akhlak dan peribadimu yang suci itu.
Seorang wanita solehah dalam kalangan kalian itu hakikatnya lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh. Tidak hairanlah sekiranya dirimu mendapat pengiktirafan 'sebaik-baik perhiasan dunia, adalah wanita yang solehah'.
Wanita solehah itu,
Teguh menjunjung syariat Allah. Dia tidak akan pernah membiarkan dirinya menjadi busur panahan syaitan. Diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam yang kadangkala terlalu gopoh dengan hawa nafsu masing-masing.
Wanita solehah itu,
Sentiasa tenang jiwa sanubarinya. Mengingati Allah di saat suka dan duka.
Ya. Hatta diuji dengan ujian yang boleh sahaja membuatkan insan lain tersungkur jatuh. Tetapi bukan engkau, kerana kelebihanmu terletak pada ketenangan dan kesucian hatimu di sisi Allah SWT.
Betapa tingginya darjatmu di sisi Islam.
Betapa mulianya kedudukanmu di sisi para suami yang mencintaimu kelak.
Maka, mengapa perlu berfikir dua kali apabila Allah arahkan untuk menutup aurat ya ukhti?
Mengapa perlu ditayangkan perhiasan-perhiasan yang tidak berhak dipandang oleh lelaki-lelaki ajnabi itu ya ukhti?
Bukannya kalian tidak tahu..hati ar-rijal (lelaki) itu mudah sahaja bergetar melihat diri kalian semua. Mencari kesempatan yang kini ada daripada kalian yang memberinya dengan mudah. Kemudian terlahirlah pelbagai kemaksiatan yang bertunjangkan kepada satu masalah keimanan kita kepada Allah SWT.
Pandangan Allah ataupun pandangan manusia. yang mana satukah agaknya prioriti utama yang kita jadikan sebagai pemandu tindak laku kita di dunia ini?
Wahai srikandi-srikandi syurga.
Bukanlah artis-artis dunia yang menjadi idola kalian.
Bukan juga yang terlari daripada landasan matlamat yang hakiki.
Kalian menjadi sayap kiri kepada kebangkitan Islam di dunia ini, bersama-sama berjuang dengan para Muslimin.
Sejarah mencatatkan banyak jejak-jejak srikandi yang begitu tabah lagi halus peribadinya. Mengapa bukan mereka yang menjadi contoh ikutan utama?
Sesetengah orang pernah berkata, sejarah itu ibarat pentas bermain wayang. Dibaca dan kemudian diulang, dan diulang, dan diulang. Berapa kali pengulangankah agaknya yang diperlukan oleh diri kita untuk menyedari kehebatan para mujahidah Islam dahulu kala?
Kesetiaan pengorbanan Siti Khadijah Binti Khuwailid hampir lupus dek zaman 'futuristik' muda-mudi.
Kebijaksanaan Aisyah Binti Abu Bakar seolah-olah sesuatu yang benar-benar luar biasa bagi kita semua.
Ketabahan Fatimah, Mashitah dan Siti Hajar pula nampaknya hanya dipelajari dengan titisan air mata. Kesayuan dan kesedihan yang selalu tidak mempunyai penyusulan.
Ya ukhti.
Sumayyah mengukir sejarah kerana kemantapan akidahnya kepada Allah SWT, meskipun pada saat itu Islam belum lagi melakar dua pertiga dunia. Tetapi kisah dirinya benar-benar membuatkan kita sebak.
Kita pula? Apa sejarah yang ingin kita lukiskan dalam kehidupan kita ini?
Kita tahu dan kita percaya. Tidak mustahil untuk kita membentuk semula peribadi insan-insan yang luar biasa ini. Cuma persoalannya, siapa?
Tidak kira yang lelaki mahupun wanita. Kita wajar mencontohi kehebatan mujahidah-mujahidah islam ini dengan mengambil ibrah daripada lembaran perjuangan mereka yang tidak pernah gentar menghadapi musuh, kerana diri merekalah contoh wanita solehah yang terbaik buat kita semua.
Merekalah...
Kerdipan yang hilang itu.
Ya Rijal dan Nissa.
Janganlah kita biarkan kerdipan itu pergi begitu sahaja. Carilah kilauannya yang terang itu. Kesemuanya sudah tersuluh, cuma menunggu masa untuk kita memakai 'kaca mata' iman dan Islam kita.
Marilah kita sama-sama menukar paradigma kita. Meletakkan sesuatu itu di landasan yang hakiki, lantas mampu membuat keputusan dengan minda yang mustanir (cemerlang). Insya Allah, suatu masa nanti, pasti kerdipan yang hilang itu akan kembali menerangi kegelapan dunia.
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan". (Ar-Rum 30:21)