Saturday 17 November 2012

Kenangan Bersama

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . Liailatan sa'iedah~ . Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah Ya ALLAH . Syukran kerana Kau masih beri nikmat degupan jantung kepada hambaMu yang hina ini .Alhamdulillah walau sibuk menghimpit, sempat jua untuk iman mengisi entry kali ini walaupun sudah terlambat.


Pada taggal 08 November 2012 Prefect Body disekolah iman telah berjaya membuat satu majlis yang paling bermakna buat semua pengawas iaitu majlis 'Annual Dinner' yang bertempat di Raudhah Hotel,Kota Bharu, Kelantan. Majlis pada malam itu alhamdulillah majlis dapat dijalankan dengan lancar atas kerjasama daripada insan yang sangat saya hormati iaitu Madam Nik Norliza selaku guru pengawas bagi tahun 2012 yang telah banyak berkorban untuk Badan Pengawas bagi sesi 2012. Malam itu merupakan malam yang terakhir iman berdiri dihadapan para pentadbir dan para pengawas,  dan tahun ini juga merupakan tahun yang terakhir iman digelar sebagi pengawas. Iman tidak pasti samada haruskah iman bergembira atau berduka lara..
(^__^)Siapa Dia.?
Dalam ucaptama iman yang merangkap sebagai 'Head Of Prefect 2012' banyak iman selitkan nasihat dan kata sinis untuk direnungkan bagi orang-orang yang ingin berfikir. Ucapan yang terzahir itu hasil daripada asam garam yang iman lalui semasa merangkap jawatan ini.  Jawatan sebagai KETUA PELAJAR sebenarnya amatlah sukar untuk merealisasikan jika tidak berilmu. Pada hemat iman, untuk jawatan yang besar ini sebenarnya tidak layak untuk iman tapi bila iman cuba untuk berfikir positif, mengapa iman dipilih oleh pihak sekolah.? Semua persoalan itu telah pun dijawab oleh ALLAH. ALLAH tidak akan memberikan sesuatu jawatan itu kepada iman sekiranya iman tidak dapat memikul, kata-kata semangat yang iman petik dari Kitabullah itu sudah cukup untuk menjadikan iman lebih kuat. Tahun ini merupakan tahun yang paling pedih bagaikan laluan yang beronak dan berduri. Walau begitu, iman optimis bahawa dengan kepedihan itu sebenarnya sangat memberikan banyak pengalaman untuk iman terus lagi dalam bidang kepimpinan setelah 11 tahun merangkap jawatan sebagai pemimpin pelajar.
"Rumah Siap Pahat Berbunyi" itulah pepatah yang sesuai iman ungkapkan berkaitan dengan jawatan iman. Berbohong bila iman cakap "iman tak kisah" bila ada yang masih mempersoalkan tentang ini. Tapi jika iman terus menerus untuk jadikan ini sebagai bebanan maka segala masalah tidak dapat diselesaikan dengan baik. Mengapa iman mengetengahkan pepatah ini dalam entry kali ini? Hal ini demikian kerana seperti kebiasaan jawatan 'Headboy' ini akan dijawat oleh pelajar tingkatan enam namun berbeza bagi tahun 2012 kerana pihak sekolah telah memilih pelajar tingkatan lima untuk merangkap jawatan ini. Ini sudah jelas untuk pihak "itu" menimbulkan pelbagai konflik namun itulah hakikat seorang PEMIMPIN.
Walau kita berjalan seiringin namun  bukan semua yang sehaluan dengan kita!
Jika kita menilai diri kita berlandaskan nafsu,sudah tentu semuanya betul!,semua tidak salah! dan menganggap orang disekeliling anda semuanya SALAH.. Dalam kehidupan kita, kita tak perlu mencari salah orang, akan tetapi memperbetulkan apa yang salah. Sebenarnya apa yang kita ucapkan untuk melaksanakan amanah itu sangatlah mudah.. tetapi yang sukarnya apbila untuk melaksanakannya.Kata2 yang tersirat perlu difahami dengan teliti agar menjadi pedoman dalam hidup. Namun dilupa tidaklah mudah ,Setiap detik menjadi sejarah ,Terpahat dihati amatlah indah walaupun pahit, disitulah  banyak pengalaman mengajar saya menjadi PEMIMPIN.Walaupun begitu KERINDUAN iman kepada kalian tetap tidak bisa hilang.

Malam 8November itu juga banyak persembahan yang telah dipertontonkan dan yang lebih membanggakan kami majlis itu telah mendapat pujian daripada VIP yang hadir pada malam itu. Alhamdulillah segla puji bagi ALLAH yang telah menjayakn majlis itu, yang paling mencuit hati ialah sesampainya ke acara terakhir iaitu bertukar-tukar hadiah. Pada acara kemuncak itu, iman dapat hadiah yang paling besar dalam ramai-ramai yang hadir tapi biarlah menjadi rahsia..hehe..SURPRISE!!!! Dan untuk “Si Dia” yang bertuah mendapat hadiah daripada iman,tahniah.!Dan semoga itu dapat memberi manafaat buat anda.

 "Wahai Insan Bertuah"......Hadiah yang tidak seberapa ini hanya sekadar simbol yang kelak akan hilang dimamah zaman tapi DOA dan amal jariah tetap kekal abadi.. Sajak ini pula khas iman ciptakan buat insan yang bertuah menerima hadiah ini  “Sejuta harapan akan terucap saat malam gelap bertabur bintang. Sejuta cinta akan tercurah saat hati gelap bertabur sayang. Perasaan memang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata,  perasaan hanya bisa diungkapkan dari hati ke hati”


PERPISAHANKU.....
Inilah yang selalu kubilang
bahwa hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana laju perputarannya
tapi roda selalu berputar kawan
Dalam setiap perjalanan
kita merantai kisah
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
Semuanya berpadu dalam balutan
Persahabatan
Ada kalanya kita berselisih
tapi lebih banyak berbagi kasih
Ada kalanya kita egois
tapi lebih banyak saling mengerti
Ada kalanya kita tak sejalan
tapi lebih banyak kita bergandengan tangan
Jarum jam adalah saksi
berapa waktu telah terlalui
Bulan dan langit malam adalah kawan
saat dera kesibukan menjelang pemeriksaan
Jamu datang bulan dan bebaqaran
semua menjadi kesaksian
betapa berartinya seorang kawan
Tapi hidup adalah perubahan kawan
Sekali lagi kubilang
Seperti aliran air hujan dalam sajak yang kau sukai
Kemana pun alirannya mereka berguna
Begitupun kita
Bagaimana pun perputarannya
menuju pada arah yang sama

                                                                                     By: Ahmad Fahmi Azalee(Headboy2012)
                                                                                             8November2012

No comments:

Post a Comment