Thursday 16 May 2013

Let's Be The Number No.1

Assalamualaikum sahabat yang amat sangat dikasihi sekalian dan Salam ukhuwwah..

16 Mei 2013 Seperti kebiasaan HARI WARGA PENDIDIK akan disambut disemua sekolah sebagai penghargaan untuk guru yang telah menyambung perjuangan dakwah Rasulullah saw dalam menyampaikan ilmu-ilmu ALLAH. Dikempatan ini, saya AHMAD FAHMI BIN AZALEE ingin mengucapkan Selamat Hari Guru @ Murabbi kepada guru cemerlang dan kaunselor cemerlang saya iaitu kedua ibubapa saya En. Father dan Pn. Mother yang mendidik saya dengar sabar dalam pendidikan, keagamaan dan juga dalam bidang pidato sehingga dapat dan berjaya menjadi wakil Kelantan di usia 5tahun. Seterusnya kepada Ustaz,Ustazah,Cikgu,Sir and also teacher semasa di ;
                                                                                : Pasti Al-Mannar
                                                                                : SK Tengku Indera Petra
                                                                                : SMK Kota Bharu 

Jika hari ini seorang daie dimanefestasi
Jika hari ini dakwah ditransformasi
Jika hari ini daulah Islam makin dihampiri
Jika hari ini khilafah Islam tertegak kembali
Semuanya bermula dari seorang MURABBI..
Mulianya seorang Murobbi.. Mencipta nilai diri insani.. Mentarbiyah anak didik agar menjadi insan Rabbani..Selamat Hari Guru !! Maafkan Kami Ya Murobbi…

‘Born to fight’, ‘Born to win’, ‘ Born to be a leader..to be a Da’ie…to be a Murabbi..’ adalah ungkapan yang biasa kita dengar. Ungkapan yang selalu memotivasikan kita dalam apa jua tindakan yang kita lakukan.

Tahukan kita apa makna pada ungkapan tersebut ?. Ungkapan-ungkapan ini bermakna bahawa kita lahir untuk berjuang atau untuk menjadi pemenang di pentas dunia. Pemenang adalah “..yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal..” ( Az-Zumar:18)
Pemenang itu adalah ‘ be climber forever’. Menjadi pendaki sejati, berani melintasi batas kebiasaan. mendobrak kebekuan dan menzahir gagasan jadi kenyataan. Matang, tenang dan menang dengan berfikir positif, bertindak kreatif dan berkarya solutif.
Saudara ahli Badar sekalian,
Yakinlah yang paling kuat adalah yang menang. Api itu kuat, tetapi air mampu memadamkannya. Air itu kuat tetapi matahari mampu mengalahkannya. Matahari itu kuta tapi awan mampu menghalanginya. Awan itu kuat tetapi angin mampu memindahkannya. Angin itu kuat tetapi manusia mampu menahannya. Manusia itu kuat tetapi ketakutan mampu melemahkannya. Ketakutan itu kuat tetapi tidur mampu mengatasinya. Tidur itu kuat tetapi mati ternyata lebih kuat. Yang terkuat adalah kebaikan ,ia tidak akan hilang setelah mati.


Nah, para kader dan ahli dakwah adalah pemenang, kita adalah pemenang. Bak kata seorang Da’ie “…kadernya dahsyat full manfaat..”. Begitulah sosok tubuh Rasulullah, para sahabat, tabien.Ibnu Abbas r.a di dalam satu hari ada gerombolan ahli Quran datang menimba ilmu darinya, kemudian berlalu pula ahli tafsir, setelahnya pula, datang ahli Hadis menatang ilmu darinya. Sang Da’ie dan Murabbi dahsyat berjuta hikmah, full manfaat. Inilah yang kita perlu contohi dan teladani. Solih li nafsihi wa nafi’an lighairihi ( baik dirinya dan bermanfaat untuk manusia lain) bak kata para juru dakwah silam..Iman akan kongsikan 5tips ni untuk sahabat iman sekalian, tips ni pun iman dapat dari seorang murabbi.
Untuk menjadi pemenang ada 5 tangan SUKSES..
  1. Tantangan, gunung kan kudaki, lautan ku renangi, lurah ku turuni, training ku ikuti, praktikum ku jalani, tarbiyyah ku susuli untuk bangunkan potensi diri.
  2. Garis tangan. Doa orang tuaku, khususnya ibuku menjadi barakah melimpah. Tidak lupa doa para murabbi – murabbi kita di dalam wirid doa rabitahnya.
  3. Campurtangan : Kejayaan tidak datang bersendirian. Perlu team. Gunakan otak sendiri, pinjam otak orang lain, bina sinergi. Kerja cerdas ‘ mensahabatkan relasi adalah komitmen kami’. Kita adalah SUPERTEAM bukan superman..
  4. Usaha tangan : dikerjakan dengan ilmu,skill dan pengetahuan, bukan sehadar otat tapi juga otak dengan kerja sungguh-sungguh.
  5. Buah tangan : beri apresiasi pada sekecil apapun prestasi yang diraih. Rayakan kemenangan kecil untuk kemenangan besar.


Mari kita dendangkan lagu para pemenang..
Jangan kembali pulang..
Sebelum kita menang..
Walau mayat terkapar di medan juang..
Itulah mujahid berjuang..
Semoga kita jadi pemenang di dunia merangkul gelaran syuhada', menang di akhirat dengan menggapai SYURGA tertinggi buat para Daie Sejati. Jalannya satu untuk menjadi pemenang ( the way to win ) iaitu berdakwah..berdakwah..berdakwah …insyaALLAH

Tuesday 14 May 2013

Taubat Meraih Kemenangan


Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI , Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W .  Doakan semoga ilmu yg kita pelajari akan kekal hinggal roh berpisah dari jasad, hingga ilmu itu menjadi darah daging sekaligus membawa manfaat kepada diri sendiri dan agama. Jazakumullahukhairan atas kesudian untuk melawati blog iman.. Semoga ALLAH merahmati kalian dunia dan akhirat . Kita ini remaja. Zaman inilah kita hendak mencuba segala benda. Berani berbuat apa sahaja meski tidak molek pada pandangan. Falsafah kita mudah , hidup hanya sekali. Apa pun orang cakap, itu belakang kira. Ginerasi siber macam kita mana masuk cara mereka . TETAPI !!! Sahabat... betul kita ini remaja, tapi apa kata kita duduk bersama , berkongsi rasa dan pengalaman , berkongsi jiwa dalam kembali kepada fitrah asal sebagai hamba ILAHI . Mana tahu sebenarnya niat dan harapan kita sama cuma masih tersembunyi di mana-mana . Mari kita keluar dari kegelapan dan mencari sinar cahaya untuk sama-sama menikmati syurga ILAHI ..Benar hidup hanya sekali , tetapi akhirat itu abadi . Sanggup berada d tempat yang kekal abadi penuh dengan azab ?..Benar hidup hanya sekali , yang sekali inilah perlu kita raih , mencari ilmu , mengumpul amal agar d akhirat yg kekal kita mampu berbahagia.


Manusia mudah lalai dan lupa. Itu fitrah manusia. Sebab itulah ada kalanya kita senang tergelincir sekali gus terperangkap dengan bisikan syaitan. Akibatnya kita terjerumus di lembah dosa seperti zina.
Namun, apabila tersedar diri telah tersalah langkah, apa salahnya kita cepat-cepat berpatah balik. Sama seperti kita memandu kenderaan di jalan raya. Jikalau enggan membuat 'u-turn' selepas tersedar sudah tersalah jalan, tentu semakin jauh kita tersasar dan bertambah banyak pula yang kita bakal rugikan.
Bagaimanapun, berpatah balik sahaja tidak cukup. Sebaliknya kita perlu bertaubat dan 'menyuci' diri. Menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Nadzirah Mohd, hidayah datang dari Allah. Justeru, jikalau tiba-tiba rasa tersedar dan terdetik untuk berubah, maka bertaubatlah kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Dalam surah An-Nur ayat 31 Allah ada berfirman: "Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." Jelas Dr Nadzirah ayat tersebut cukup istimewa. Ini kerana selain Dia menyeru hamba-Nya supaya bertaubat, Allah turut meletakkan harapan di situ.
"Pada penghujung ayat itu ada diselitkan pengharapan – dengan harapan orang yang bertaubat itu akan beruntung dan berjaya iaitu berjaya melawan hawa nafsu dan mengatasi segala masalah. Tambah beruntung kalau taubat itu berpanjangan hingga ke akhirat. Dalam ayat tersebut, Allah bukan sahaja menyuarakan perintah-Nya supaya bertaubat, tetapi juga ada motivasi ke arah melakukan taubat," terang beliau.
Mengulas lanjut perihal taubat, Dr Nadzirah menjelaskan sifat taubat ada dinyatakan oleh Allah dalam kitab-Nya. Firman-Nya:
"Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha." (At-Tahrim : 8).