Sunday 31 March 2013

Kematian Itu Pasti


Assalamualaikum, dan Salam Sayang dari Iman.




Alhamdulilah, masih lagi ALLAH memanjangkan usia kita untuk tetap teguh di jalan dakwah ini. Gunakanlah masa yang pendek ini untuk sama-sama memperbaiki diri kita, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Insya ALLAH..

Baik, terus kepada topik utama..
Ada yang bertanya, kenapa buat post pasal mati sebelum nie? Tak menarik la, tak kena dengan suasana, pelik dan bermacam-macam lagi. Dah tu, tajuk pula kaitkan dengan kematian dengan permulaan. Apa kaitannya?

Saya menjawab, tanyakan pada hati anda, apa jawapannya? Biasanya kita anggap mati itu sebagai pengakhiran kepada riwayat hidup, tapi kalau kita tanyakan pada hati dan akal yang bersih, sebenarnya mati itulah satu permulaan..

Tak faham?

Baik, sekarang cuba bayangkan kita akan pergi ke satu mukhaiyam (perkhemahan) di tepi sungai. Kita pun bersiap-siap mengemas baju mandi, baju sukan, kemeja, sabun, berus gigi, kasut, torchlight, kain pelekat... dan lain-lain. Kemudian, kita pergi ke mukhaiyam tersebut dengan segala persediaan tadi..

Dipendekkan cerita..

Tamatlah sudah mukhaiyam tersebut. Baju sudah kotor, kasut sudah berlumpur, baju mandi semua dah basah. Kita pun cakap, "Ahh, takpelah. karang sampai kt rumah, boleh basuh balik. Sumbat aje semua dalam beg.." Kemas punya kemas, kita pun balik dengan senang hati..

Sekarang, apa natijahnya perkhemahan nie dengan kematian?

Kalau kita tengok situasi tadi, mukhaiyam telah berakhir. Persediaan kita pun ala kadar je, semua barang disumbat dalam beg. Mana yang ada, simpan, yang dah hilang, biarkan aje.. Sebaliknya, sebelum mukhaiyam bermula tadi, persediaan kita bukan main, kasut cantik, baju bersih, semua tampak kemas. Semuanya sebab kita tidak tahu apa yang akan menanti kita di mukhaiyam itu nanti. Persiapan perlu lengkap.

Nah, kalau kita anggap kematian satu pengakhiran, apa yang kita jadikan sebagai bekal? Baju kotor, kasut berlumpur semuanya ibarat dosa-dosa kita. Jika berakhir satu-satu program atau acara, kita buat ala kadar sahaja, sebab kita dah terlalu letih.

Inilah ironi yang perlu kita fahami. Kalau kita anggap kematian satu permulaan, kita akan bersedia secukupnya, sebab perjalanan masih jauh, jauh lagi. Bayangkan baju yang bersih, kasut yang tidak berlumpur itu semuanya amal soleh yang kita lakukan sebelum kematian kita. Namun, tiada bekal yang terbaik disisi Allah, melainkan taqwa kepadanya.

Firman Allah Taala:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ

Mafhumnya: Dan siapkanlah perbekalan, dan sebaik-baik bekalan ialah taqwa.. (Al-Baqarah, 197)

Buat kesekian kalinya, marilah kita sama-sama mengingati kematian, kerana dengannya, kita akan lebih bersemangat untuk menggunakan masa yang ada ketika ini.


Salam terakhir, kita sedekahkan Al-Fatihah saudara mara kita,sahabat-sahabat yang lain serta seluruh umat islam, dan ingat sesungguhnya kita akan bersama-sama mereka kelak.

Al-Fatihah.

Selamat beramal buat semua.



Sunday 24 March 2013

Sekudus Doa

SALAM....

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam. Alhamdulillah, syukur kepada Mu Ya ALLAH. Tuhan yang mencipta langit dan bumi, bintang dan matahari dan seluruh alam semesta. Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan sehingga kadangkala terlantar dimuka sejadah yang ditemani linangan airmata.

Nama diberi AHMAD FAHMI oleh kedua ibu-bapaku yang tersayang....Itu lah nama sebenar IMAN....sekarang dah masuk 18 tahun....cepatnya masa berlalu....24/03/95 iman dilahirkan oleh ibuku yang tersayang yang bernama "ma".. dan dididik oleh "ayah"...hehe... terima kasih ma dan ayah kerana membesarkan anakmu ini...sekarang 24/03/13 pada jam 03.24AM.....Alhamdulillah iman masih boleh bernafas dan mempunyai kesihatan yang baik ....walaupun ada masalah iman dapat menghadapinya dengan tenang walaupun kadang-kadang pelbagai keresahan yang melanda...


Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu 
                                                                sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill...

Amin Ya Rabbal Alamin.

 "Ya Allah, semakin jauh langkah umurku meniti hari. Ku pohon hidayahMu moga dihari lahirku ini kau berkatilah umurku dan izinkan lah aku semakin dekat dengan redhaMu."

nota kecil : terima kasih buat sahabat yang masih mengingati hari lahir iman. Rakan-rakan di facebook, twitter & blog serta sahabat di alam nyata. terima kasih banyak-banyak. so hari jadi ke- 18 merupakan kali pertama airmata berlinangan dihari sebegini. Pasti akan menjadi kenangan dan pengajaran buat selamanya. ..FAHAMI laa erti sebenar Hari Lahir..