Assalamualaikum Yaa Sahabat Yang Dirindui.... Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar yang dirindui Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam. Syukur dengan pemberian Mu Ya
ALLAH..Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan
terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
KINI sudah tiba episod keremajaan iman untuk lalui
ketajaman liku kehidupan ni. Iman bukan la seorang yang kaya raya, namun
hidupku hanya biase-biase jer pun,tak kaya dan tak miskin. Walaupun begitu iman
rasakan segala apa yang ALLAH berikan ni dah “cukup” untuk iman.. KINI usia
bertambah,bila usia makin bertambah ia bererti kita makin dekat MENUJU KEMATIAN. Bila sentuh tentang kematian
ni kan,ramai yang akan bagi tindak balas macam ni; “alaaa jangn la cakap tentang mati” , “hurmmmmmmm
sikit-sikit tentang mati” , “ermmm ok2,kita ta payah la cakap tantang mati
lagi” dan “jangan la fikir lagi
semua tu,lambat lagi” ...... Ayoyo apekehel lerr cakap macam
ni,sememangnya kita perlu ingat KEMATIAN la bro...hehe...ops!! Let’s kita
sambung tajuk asal kita yea.
Dalam iman mencoret warna warni kehidupan ni laa kan, kadangkala
terfikir la jugak kemana arah yang akan iman bawak nanti,tambahan pulak iman ni
lepasan SPM. Persoaloan ni la yang ada dalam fikiran kawan-kawan yang
seangkatan dengan iman..Eh teringat pulak latar belakang Ustaz Haslin Bahrin, iman
masih ingat beliau cerita dekat Haflah Ilmu baru-baru ni..“saya dulu sekolah
SMK je pon,bila masuk je umor 19tahun...saya jumpa la dengan seorang jutawan
dan beliau tanya saya ‘haslin nak tak kalau pi sambung balajar kat pakistan?’ ,saya
pun jawab la nak...starts dari situ dia tanggung saya selama 5tahun saya belajar
kt pakistan, 1 sen pun saya tak pakai duit mak ayah saya” Bila iman dengar cerita Ustaz Haslin teringin
jea nak dapat macam Ustaz Haslin dapat. Ewah-ewah
beruntungnya kalau dapat kan?hehe.. * *ehem2
tak de ke jutawan yang baca blog iman ni,haha**
Kadang-kadang tu iman ada jugak terrrrrrberangan sorang-sorang,
andainya ada jutawan yang sanggup biayai iman ke pakistan atau mesir,mesti best
kan! Untung mak dan ayah iman nanti...... Iman teringin sangat-sangat nak jadi orang yang kaya dengan ilmu ALLAH,
bila iman kaya dengan ilmu ALLAH maka boleh iman berkongsi bersama-sama masyarakat
macam Ustaz Haslin.
TAPI..........ada satu persoalan yang sukar dirungkai,
sampai sekarang iman tak faham kenapa persepsi masyarakat sekarang seolah-olah
memandang rendah kepada kami yang bersekolah hanya di SMK je, dan dalam benak
fikiran mereka hanya pelajar yang bersekolah di SMA je boleh jadi Ustaz or
Ustazah.....itu semua salah, salah sama sekali.. Acu Cuba Try
tengok , pandang dan LIHAT;
>Ustaz Haslin Bahrin(SMK Pokok Sena,Kedah)
>Ustaz
Azhar Idrus(Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1-2) ,
Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3-6)
> Ustaz Rosli Che Soh(Imam Besar Masjid Kelantan) dari SMK Tumpat,Kelantan.
Dan ramai lagi insan yang dari sekolah SMK yang berjaya malah “tersohor” lebih daripada Ustaz dari sekolah SMA. Untuk makluman semua , iman bukanlah nak membangkitkan isu ini tapi iman nak bagi semangat dekat kawan-kawan iman yang nak jadi ustaz kat luar sana,tambah-tambah dekat “budak ni” ..hehe(gelak sopan) tapi ntah sempat atau tidak untuk rasai semua itu.
Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3-6)
> Ustaz Rosli Che Soh(Imam Besar Masjid Kelantan) dari SMK Tumpat,Kelantan.
Dan ramai lagi insan yang dari sekolah SMK yang berjaya malah “tersohor” lebih daripada Ustaz dari sekolah SMA. Untuk makluman semua , iman bukanlah nak membangkitkan isu ini tapi iman nak bagi semangat dekat kawan-kawan iman yang nak jadi ustaz kat luar sana,tambah-tambah dekat “budak ni” ..hehe(gelak sopan) tapi ntah sempat atau tidak untuk rasai semua itu.
Bila bercakap tentang gelaran USTAZ ni, berdasarkan
pengalaman bersama rakan-rakan yang memerlukan nasihat atau khidmat kaunseling,
mereka sering jea panggil iman “ustaz”. Setahu iman la kan, orang yang layak
dipanggil ustaz ni ialah orang yang banyak ilmu dalam bab-bab agama, jadi iman
rasa iman tak layak untuk gelaran tu.Iman pernah berjumpa seorang insan ni dari
Kedah yang juga memerlukan khidmat nasihat. Ini antara dialog ringkas iman dan
dia yang berusia lewat 30-an tentang gelaran tu:
Dia:
Assalamualaikum Ustaz,Ustaz sibuk ka?kalau
ta sibuk saya nak bercakap
dengan
ustaz sikit.
Iman: Wa’alaikumslam(senyum tak nampak gigi)
..masyaALLAH panggil fahmi jea yea,tak payah paggil ustaz la...saya bukan ustaz dan saya bukan la
berilmu sebagaimana “ustaz”, lagipun saya ni bekas sekolah SMK jea bukan
sekolah arab. Ermm tak tak,saya tak SIBUK...ada apa ya?
Dia:
HEBAT.. Lauguni qupanya perangai orang kelantan yea(senyum)..ya ALLAH tak boleh
macam tu ustaz, ustaz dan ustazah saya pesan kalau kita berjumpa dengan remaja
kelantan yang wara’ kita kena memuliakan mereka dengan panggilan ustaz walaupun
usia masih muda kerana ilmu itu tidak terletak pada angka usia dan bersekolah
dimana pun semuanya sama,yang berbeza ialah ILMU.
Iman: .....*Diam 5saat*..... masyaALLAH saya ini biasa2
jea,ilmu tak banyak , sekadar untuk berkongsi boleh la.
Kami pun sambung perbualan
kami,alhamdulillah..segalanya dipermudahkan
Tapi subbhanALLAH rupanya orang luar dari kelantan
menilai orang kelantan macam tu.Terkesima iman dibuatnya.
Kesimpulannya semua manusia bisa memegang jawatan
“ustaz” kerana untuk menjadi seorang ustaz itu bukan bergantung kepada SEKOLAH,
akan tetapi ia adalah kehendak kita dan itu semua adalah REZEKI ALLAH ta’ala..
Tapiiiii untuk iman memegang jawatan ‘itu’ ntah SEMPAT KE TIDAK hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui, dan kepada pihak yang memandang rendah tu, udah-udah laa yerrrr berfikiran macam gitu.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali Mu. Terimalah permohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.




No comments:
Post a Comment