Wednesday, 17 April 2013

Bangkitla Wahai Hamba


Assalamualaikum Sababatku Skalian..alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana memberi lagi ruang dan pluang untuk iman mengisi entry kali ini..Entry kali ini, iman suka untuk berkongsi dengan sahabat sekalian kerana bagi iman ini adalah BICARA SEMALAM iman.. Moga beroleh sedikit kesedaran,insyaALLAH. Untuk pengetahuan sahabat, alhamdulillah coretan ini telah diterbitkan dalam Majalah Remaja Islam dan juga Majalah Sekolahku.

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpahit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Sehebat mana maksiat yang kita lakukan DULU , kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah ALLAH ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. ALLAH itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada ALLAH. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap ALLAH! Sedarkah kita?


Akukah itu..?
Yang tersungkur
Yang terjelopok
Yang terperosok
Kerna kejahilan diri

Dosa kelmarin menghantui diri
Sesak nafasku
Terasa saluran nafas sempit sekali
Terasa berat sebelah pundak
Malu rasa menghirup udara
Kerna udara ini DIA yang punya
Tapi apakan daya segala pancaindera
Bukan…
Bukan hanya pancaindera
Tapi segala-galanya milik Zat Yang Maha Besar
Aku malu pada diri
Aku malu pada DIA Yang Maha Agung
Aku abaikan amanah ini
Tidak dijaga
Tidak diguna sebaiknya
Ya ALLAH ….
Aku malu..
Aku malu padamu Ya Rabbi
Usah KAU palingkan wajahMU
Usah KAU murka padaku
Kasihanilah aku Tuhan Yang Maha Penyayang


Airmata jernih
Gugurlah dikau semahu-mahunya
Hingga membasahi pipi
Hingga berpijar pandangan
Berhamburanlah
Bersama kata-kata penyesalan
Berjanjilah dosa kelmarin takkan berulang
Mohon taubatNYA
Selagi nyawa belum sampai di kerongkong
Aku pohon taubatku diterima
Aku yakin bahawa DIA Maha Pengampun


Bila hari itu tiba
Biar pancaindera menjadi saksi kejahilanku
Biar segala pancaindera mengatakan aku berdosa
Biar…..
Tapi takkan sekali aku lupa pada selembar bulu mata
Saksi utama bahawa diriku telah bertaubat
Di atas belas dan rahmatNYA


ALHAMDULILLAH.............siapa sangka pengaturan ALLAH itu Maha Bijaksana. Itu Kisah Silamnya dan KINI dia bukan lagi dia yang dulu! Tapi perlu juga ingat bahawa berhijrah itu bukan dari sudut pakai KOPIAH atau NIQAB semata-mata akan tetapi penghijrahan dari hati yang diselaputi kepada pembersihan hati. Kepada yang memakai KOPIAH, anta jangan sekadar hanya ingin menutup kepala tapi tutup juga hati itu dari dikotori seumpama anta menjaga kopiah putih enta, begitu juga wanita jangan bangga bila berniqab atau berpurdah, kdangkala enti hanya mampu menutup anggota zahir tapi enti tidak mampu untuk menutup anggota batin dari dirosakkan dan tidak juga mampu menterjemahkan pakaian yang menutup rapi itu kepada penjaan HATI sebagaimana kamu menjaga. Harapan ana, KITA semua perlu faham konsep hijrah,insyaALLAH..Lindungi dan tutuplah hatimu sebagaimana kamu menutup wajahmu dengan niqab. TAHNIAH..................Ayuh!!!Bangkitla Kembali Dari Tersungkur!!!

No comments:

Post a Comment