Sunday 31 March 2013

Kematian Itu Pasti


Assalamualaikum, dan Salam Sayang dari Iman.




Alhamdulilah, masih lagi ALLAH memanjangkan usia kita untuk tetap teguh di jalan dakwah ini. Gunakanlah masa yang pendek ini untuk sama-sama memperbaiki diri kita, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Insya ALLAH..

Baik, terus kepada topik utama..
Ada yang bertanya, kenapa buat post pasal mati sebelum nie? Tak menarik la, tak kena dengan suasana, pelik dan bermacam-macam lagi. Dah tu, tajuk pula kaitkan dengan kematian dengan permulaan. Apa kaitannya?

Saya menjawab, tanyakan pada hati anda, apa jawapannya? Biasanya kita anggap mati itu sebagai pengakhiran kepada riwayat hidup, tapi kalau kita tanyakan pada hati dan akal yang bersih, sebenarnya mati itulah satu permulaan..

Tak faham?

Baik, sekarang cuba bayangkan kita akan pergi ke satu mukhaiyam (perkhemahan) di tepi sungai. Kita pun bersiap-siap mengemas baju mandi, baju sukan, kemeja, sabun, berus gigi, kasut, torchlight, kain pelekat... dan lain-lain. Kemudian, kita pergi ke mukhaiyam tersebut dengan segala persediaan tadi..

Dipendekkan cerita..

Tamatlah sudah mukhaiyam tersebut. Baju sudah kotor, kasut sudah berlumpur, baju mandi semua dah basah. Kita pun cakap, "Ahh, takpelah. karang sampai kt rumah, boleh basuh balik. Sumbat aje semua dalam beg.." Kemas punya kemas, kita pun balik dengan senang hati..

Sekarang, apa natijahnya perkhemahan nie dengan kematian?

Kalau kita tengok situasi tadi, mukhaiyam telah berakhir. Persediaan kita pun ala kadar je, semua barang disumbat dalam beg. Mana yang ada, simpan, yang dah hilang, biarkan aje.. Sebaliknya, sebelum mukhaiyam bermula tadi, persediaan kita bukan main, kasut cantik, baju bersih, semua tampak kemas. Semuanya sebab kita tidak tahu apa yang akan menanti kita di mukhaiyam itu nanti. Persiapan perlu lengkap.

Nah, kalau kita anggap kematian satu pengakhiran, apa yang kita jadikan sebagai bekal? Baju kotor, kasut berlumpur semuanya ibarat dosa-dosa kita. Jika berakhir satu-satu program atau acara, kita buat ala kadar sahaja, sebab kita dah terlalu letih.

Inilah ironi yang perlu kita fahami. Kalau kita anggap kematian satu permulaan, kita akan bersedia secukupnya, sebab perjalanan masih jauh, jauh lagi. Bayangkan baju yang bersih, kasut yang tidak berlumpur itu semuanya amal soleh yang kita lakukan sebelum kematian kita. Namun, tiada bekal yang terbaik disisi Allah, melainkan taqwa kepadanya.

Firman Allah Taala:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ

Mafhumnya: Dan siapkanlah perbekalan, dan sebaik-baik bekalan ialah taqwa.. (Al-Baqarah, 197)

Buat kesekian kalinya, marilah kita sama-sama mengingati kematian, kerana dengannya, kita akan lebih bersemangat untuk menggunakan masa yang ada ketika ini.


Salam terakhir, kita sedekahkan Al-Fatihah saudara mara kita,sahabat-sahabat yang lain serta seluruh umat islam, dan ingat sesungguhnya kita akan bersama-sama mereka kelak.

Al-Fatihah.

Selamat beramal buat semua.



No comments:

Post a Comment