Tuesday 14 May 2013

Taubat Meraih Kemenangan


Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI , Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W .  Doakan semoga ilmu yg kita pelajari akan kekal hinggal roh berpisah dari jasad, hingga ilmu itu menjadi darah daging sekaligus membawa manfaat kepada diri sendiri dan agama. Jazakumullahukhairan atas kesudian untuk melawati blog iman.. Semoga ALLAH merahmati kalian dunia dan akhirat . Kita ini remaja. Zaman inilah kita hendak mencuba segala benda. Berani berbuat apa sahaja meski tidak molek pada pandangan. Falsafah kita mudah , hidup hanya sekali. Apa pun orang cakap, itu belakang kira. Ginerasi siber macam kita mana masuk cara mereka . TETAPI !!! Sahabat... betul kita ini remaja, tapi apa kata kita duduk bersama , berkongsi rasa dan pengalaman , berkongsi jiwa dalam kembali kepada fitrah asal sebagai hamba ILAHI . Mana tahu sebenarnya niat dan harapan kita sama cuma masih tersembunyi di mana-mana . Mari kita keluar dari kegelapan dan mencari sinar cahaya untuk sama-sama menikmati syurga ILAHI ..Benar hidup hanya sekali , tetapi akhirat itu abadi . Sanggup berada d tempat yang kekal abadi penuh dengan azab ?..Benar hidup hanya sekali , yang sekali inilah perlu kita raih , mencari ilmu , mengumpul amal agar d akhirat yg kekal kita mampu berbahagia.


Manusia mudah lalai dan lupa. Itu fitrah manusia. Sebab itulah ada kalanya kita senang tergelincir sekali gus terperangkap dengan bisikan syaitan. Akibatnya kita terjerumus di lembah dosa seperti zina.
Namun, apabila tersedar diri telah tersalah langkah, apa salahnya kita cepat-cepat berpatah balik. Sama seperti kita memandu kenderaan di jalan raya. Jikalau enggan membuat 'u-turn' selepas tersedar sudah tersalah jalan, tentu semakin jauh kita tersasar dan bertambah banyak pula yang kita bakal rugikan.
Bagaimanapun, berpatah balik sahaja tidak cukup. Sebaliknya kita perlu bertaubat dan 'menyuci' diri. Menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Nadzirah Mohd, hidayah datang dari Allah. Justeru, jikalau tiba-tiba rasa tersedar dan terdetik untuk berubah, maka bertaubatlah kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Dalam surah An-Nur ayat 31 Allah ada berfirman: "Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." Jelas Dr Nadzirah ayat tersebut cukup istimewa. Ini kerana selain Dia menyeru hamba-Nya supaya bertaubat, Allah turut meletakkan harapan di situ.
"Pada penghujung ayat itu ada diselitkan pengharapan – dengan harapan orang yang bertaubat itu akan beruntung dan berjaya iaitu berjaya melawan hawa nafsu dan mengatasi segala masalah. Tambah beruntung kalau taubat itu berpanjangan hingga ke akhirat. Dalam ayat tersebut, Allah bukan sahaja menyuarakan perintah-Nya supaya bertaubat, tetapi juga ada motivasi ke arah melakukan taubat," terang beliau.
Mengulas lanjut perihal taubat, Dr Nadzirah menjelaskan sifat taubat ada dinyatakan oleh Allah dalam kitab-Nya. Firman-Nya:
"Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha." (At-Tahrim : 8).

No comments:

Post a Comment