Saturday 13 October 2012

Pemikiran Yang Kian Rapuh


Assalamualaikum wbt ikhwan/akhwat yang dikasihi sekalian... Alhamdulillah iman masih lagi diberi peluang untuk mengisi entry untuk malam ini.. Malam yang amat gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, di sisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah ALLAH SWT jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada ALLAH SWT dan ada waktu malam yang dihiasi dengan derhaka kepada ALLAH SWT. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya. Sekadar untuk mengajak antum berfikir. Luangkan masa sekejap jea untuk menghayati bingkisan kata dari Iman:') Jazakumullahukhairan

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada ALLAH untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada ALLAH bahawa kita masih hidup !

Pengisian dari iman untuk malam ini memang 'simple' tapi cubalah untuk berfikir dengan matang beserta ILMU.. Oleh itu, iman suka untuk mengajak sahabat-sahabat iman untuk kita sama-sama muhasabah kembali diri kita.......Renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment