Tuesday 23 October 2012

Uhibbuki Fillah

♥ Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . Liailatan sa'iedah~ . Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah Ya ALLAH . Syukran kerana Kau masih beri nikmat degupan jantung kepada hambaMu yang hina ini . Esok, belum tentu jantung iman kekal berdegup atau tidak . ALLAHu ALLAH . Matikanlah kami dalam keadaan yang Kau redha dan dalam keadaan beriman dan bertakwa kepadaMU . Allahumma Amin .

Iman sedar akan hakikat kita sebagai khalifah di atas muka bumi ALLAH ini yang penuh dengan fitrah pada awalnya, tetapi masa kian bertambah yang membuatkan iman risau ialah bila FITRAH sudah bertukar kepada FITNAH.. insyaALLAH malam ni iman nak kongsi sedikit sebanyak bersama antum tentang CINTA...

"Anta tahu apa itu makna "uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada Iman. "Mencintaimu kerana ALLAH," Ringkas jawapan Iman. Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan iman. Riak muka tidak puas hati lagaknya. "Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya, " luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan. Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi. "Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian. Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?

Tidak.. bukan itu yang Iman maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana ALLAH semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'. Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan ALLAH kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak ALLAH. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita. Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula. Nasihat ini jelas untuk Iman dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi... Iman sekadar memperingati antara satu sama yang lain..
 
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Aku sering bertanya pada "imanku"
Bagaimnakah CARANYA untuk membuatkan diri iman DICINTAI oleh seseorang..?

Ibnu al-Qayyim menjawab, " CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI-NYA untuk DIRIMU."

Imam Syafie pula menjawab, "... Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita ...”


Indahkan apea yg ALLAH ciptakan ni semua buat kita, namun kadangkala prkara ni semua telahpun kita ketahui tapi sukar jua untk realisasikn,bukan?

Kadangkala LELAKI sering di COP 'jual mahal' atas kerana apa? Kerana tidak menerima PERMATA "itu".... BUKAN taknak terima permata 'itu' , tapi untuk mengambil permata itu, sangat sukar!.. perlukan ilmu yang cukup untuk memiliki permta itu..... tapi bukan semua manusia yg bernama wanita memahami hakikat ini, maaflaa jika trrrsilap tafsir. 


Masa bersama rasa sekejap, tak puas,
Jika bercinta, panas tak terasa walau tiada bumbung,
Jika bercinta, bercakap 3 jam terasa 3 minit,
Jika bercinta, nak jumpa akan pakai wangi2, cantik2.
Jika bercinta, apa diminta diusahakan sebaik habis.
Jika bercinta, taat setia, sanggup menunggu lama.
Jika bercinta, asik teringat kata-kata, asik teringat dalam hati....

Itu Fenomena Normal Bercinta Lelaki Dan Wanita... Kenapa Tidak Begitu Apabila BerCINTA Dengan ALLAH Swt?


Jika bercinta dengan ALLAH SWT, solat tak rasa berat, tak puas solat wajib, tambah pula solat sunnat, solat malam.
Jika bercinta dengan ALLAH SWT, keluar berdakwah menyebarkan agama Islam, panas terik padang pasir boleh tahan, apatah lagi panas terik Malaysia yang banyak wap air 'Humidity' tinggi.
Jika bercinta dengan ALLAH, mulut sentiasa berzikir, hati sentiasa berzikir, sentiasa berkomunikasi melalui doa-doa..
Jika bercinta dengan ALLAH, nak solat akan pakai wangi2, cantik2, kemas2,
Jika bercinta dengan ALLAH, apa sahaja suruhan ALLAH akan dituruti walaupun tak selari dengan nafsu dan kehendak peribadi.
Jika bercinta dengan ALLAH, taat setia, sanggup berkorban apa sahaja demi suruhan, larangan, permintaan, saranan dari ALLAH di dalam Al-Quran.
Jika bercinta dengan ALLAH, asyik teringat ayat Al-Quran yang merupakan Kalamullah, kata-kata ALLAH melalui kitabnya.

Realitinya Betulkah Cinta Kita?
(TEPUK DADA, TANYA IMAN)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana ALLAH tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

 ♥ Tujuan hidup ini hanyalah untuk menghambakan diri dan mengabdikan diri kepada ALLAH SWT . Kita hidup di dunia ini hanyalah untuk akhirat . Bagi orang yang cerdik dan berakal itu dia tidak akan menetap , dia akan bermusafir untuk mencari ilmu dan tidak hanya bersenang lenang di rumah . Tinggalkanlah rumahmu , negerimu untuk menggembara menjadi orang asing yang mencari ilmu ALLAH . Menggembaralah wahai penuntut ilmu , nescaya kamu akan mendapat ganti dengan apa yang kamu tinggalkan . Lakukan lillahi ta'ala . Bukan kerana duniawi .Wallahualam . Laila sa'eda . Salam'Alaik .

No comments:

Post a Comment