Sunday 7 June 2015

Teguhkan Pendirian Wahai Remaja!

Assalamualaikum Sahabat dan sidang pembaca yang dikasihi sekalian. . . . Setiap orang yang merasakan dirinya adalah seorang pemuda Islam sebenarnya mempunyai tugasan yang besar yang mesti dilaksanakan. Matlamatnya menjadi seorang manusia yang kuat imannya, luas ilmunya, dan indah akhlaknya. Untuk itu, seorang pemuda Islam mesti rajin menuntut ilmu dan bergurukan seorang ULAMA'.
 
Remaja ooooo remaja, nak berjaya ni kena ade matlamat yang jelas,bukan main hentamm je. . kerana dengan bermatlamat yang jelas merupakan syarat utama kejayaan. Bagaimana kita nak berjaya kalau kita tak ada matlamat yang jelas dan juga mengenalpasti masalah yang mengahalang kita untuk berubah. .Jalan menuju matlamat ini tidak sunyi daripada anasir-anasir yang akan memesongkan jalan, hehe haaa sebab itulah iman kata kita kena kenalpasti ape yang menghalang kita. Anasir-anasir itu menjelma dalam pelbagai bentuk. Setiap daripada kita mesti pandai mengenalinya agar tidak tertipu dengan pujuk-rayunya. Mereka antaranya ialah:


#1) Anasir paling mudah memalingkan kita adalah golongan yang bergelar “K.A.W.A.N” “Rakan sebaya” “Geng” dan sebagainya. Jika tidak terkawal, pencampuran dengan kawan-kawan akan memalingkan kita daripada matlamat yang hendak dicapai. Oleh itu, Islam mengingatkan kita untuk selalu berhati-hati dalam memilih kawan.

 Imam Malik Bin Dinar berpesan kepada seorang muridnya:
“Wahai Mughirah, perhatikanlah setiap orang yang menjadi kawanmu. Setiap kawan yang tidak berguna dalam peningkatan ilmu agamamu, maka tinggalkanlah ia. Sebab hakikatnya dia ialah Musuhmu.”Diriwayatkan oleh al-kharaithi dalam kitab Makarim Al-Akhlak

##2)Anasir seterusnya ialah "C.I.N.T.A" Ramai pemuda cerdas yang terbantut pelajarannya akibat terbayang-bayang cinta palsu. Fikirannya tertutup oleh pelbagai khayalan indah lalu melalaikannya daripada kewajipan sebagai seorang pelajar. Semua ini tidak lain hanyalah penipuan syaitan belaka.

 Bagi mereka yang tidak mampu mengawal nafsunya, hendaklah dia berpuasa. Jika tidak boleh lagi maka diwajibkan untuk berkahwin, berbincanglah dengan ibubapa masing-masing dan berjanji akan meneruskan pelajaran masing-masing. Ingat jangan tertipu dengan cinta palsu.

###3) Anasir yang ketiga yang sering memalingkan kita adalah terdiri daripada pelbagai "KEMUDAHAN DAN KEMEWAHAN" hidup yang kita miliki. Antaranya ialah televisyen, Internet, Facebook dan sarana hiburan yang lainnya.

Menikmati kemudahan hidup adalah tidak salah jika diiringi dengan ilmu dan kawalan yang baik. Memang semua ini adalah berguna untuk kehidupan kita. Yang menjadi salah apabila perkara ini mengusai kita bukannya kita mengusai mereka, sehingga melalaikan dan menjadi ketagihan sehinggakan merosakkan diri dan pelajarannya serta masa depannya.

 Orang baik yang ada pendirian adalah orang yang sangat diharapkan ada ditengah-tengah masyarakat, hanya saja sangat sedikit orang yang demikian. Wibawa orang seperti ini akan sangat positif bagi kebaikan masyarakat kita yang sekarang ini sedang sakit karena banyak mengidap berbagai penyakit masyarakat.

Menjadikan diri kita mempunyai pendirian  dan mampu nak berubah yang merupakan tugas masing-masing individu. Karena dari individu-individu inilah nantinya akan terbentuk keluarga, lingkungan masyarakat yang baik pula. Tugas kita sendirilah untuk menjadikan diri kita dan keluarga kita baik, jujur, pintar, mempunyai pendirian yang teguh.


Ahmad Fahmi Azalee

No comments:

Post a Comment