Monday 8 June 2015

Jangan Hidup Dalam Ekspektasi Orang Lain


Setelah kembali ke realiti hidup sebenar, perkara pertama sekali Ahmad lakukan adalah memaafkan diri sendiri. Terima hakikat bahawa Ahmad telah melakukan kesilapan. Dari kesilapan itulah Ahmad menemui kegagalan.

Tapi, Ahmad bersangka baik pada kesilapan dan kegagalan yang Ahmad telah lalui . Jika tidak melakukan kesilapan Ahmad tidak akan tahu apa dia perkara yang betul. Untuk tahu sesuatu yang benar-benar memberi kesan, kita perlu berani gagal  dan berani silap.

Kita bersedia mendepani kesilapan lalu menerimanya. Serap sebagai pengajaran, kemudian usaha lagi untuk cari cara yang betul, yang mendatangkan hasil.

Kesilapan dan kegagalan adalah pengalaman berharga dalam proses kita menjalani kehidupan. Itulah yang Ahmad sematkan dalam hati. Apa yang Ahmad lalui amat mematangkan Ahmad. Ia menjadikan saya lebih bijak dalam membuat keputusan.

Tidak semua dari kita sanggup mengakui kesilapan dan kegagalan. Sebab? Kerana kesilapan dan kegagalan adalah amat memalukan.

Apabila kita terbuat silap, orang sekeliling akan kata kesilapan kita itu memalukan mereka. Apabila kita berjaya, orang sekeliling akan kata kejayaan itu membuat mereka bangga.

Nampak tak? Tidak ada gunanya hidup dengan dalam ekspektasi orang lain. Sebaliknya, hiduplah dalam ekspektasi anda sendiri. Set matlamat, tetapkan azam, pasang target kemudian berusalah realisasikannya. Jalanilah hidup kita dengan cara kita sendiri. Itulah yang Ahmad faham. Walaupun bersifat begini tapi kita harus OPEN MINDED bila kita dinasihat  atau kita ditegur, ok!

Hidup kita adalah milik kita. Andai bahagia, kita yang akan nikmatinya. Andai sengsara, kitalah juga yang akan menanggung peritnya. Bukan orang lain. Kita boleh ikut kata orang lain tapi sedarlah, pihak yang menanggung adalah kita sendiri.

Untuk itu usah malu mendepani kesilapan dan kegagalan kerana sifatnya relatif. Tidak sama pada semua orang. Lagipun, kesilapan dan kegagalan hanyalah bersifat sementara.

Kesilapan dan kegagalan akan kekal apabila kita tidak usaha keluar daripadanya. Walau kita pernah buat silap atau pernah gagal, kita tetap akan diterima apabila berjaya. Kesilapan dan kegagalan hanya akan jadi sejarah.

Pilihan di tangan kita, di tangan Ahmad dan di tangan anda. Ahmad memilih untuk mengambil pilihan terbaik sebab Ahmad mahu berjaya. Pilihlah untuk berjaya dalam hidup, pilihlah untuk bahagia, pilihlah untuk gembira kerana anda akan menjadi lebih cemerlang di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment