"BELAJARLAH MENGHARGAI DIRI DENGAN CARA KITA SENDIRI. TERIMALAH DIRI KITA SEADANYA".
Setiap makhluk yang hidup di dunia ini mengimpikan sebuah kehidupan
yang tenteram dan sejahtera. Pastinya, tiada seorang pun yang mahu hidup
gelisah, fikiran berserabut dan dirundung pelbagai masalah. Namun
hakikatnya, kehidupan yang kita lalui ini penuh dengan dugaan.
Pelbagai peristiwa mencorakkan sejarah kehidupan kita. Susah dan senang
silih berganti setiap hari. Dalam menempuhi pelbagai rintangan dan
halangan hidup ini, sebagai umat Islam kita sangat bertuah kerana Islam
sentiasa membimbing dan menunjukkan kepada umatnya jalan selamat yang
dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Terpulanglah
kepada diri kita sendiri sama ada mahu mengikut jalan yang telah
ditunjukkan atau sebaliknya.
Sekiranya kita mencari ketenangan hati
dengan cara yang dianjurkan Islam kita akan mencapai kesejahteraan
hidup. Jangan kita memilih jalan yang dilarang dan diharamkan oleh
syariat seperti mengambil dadah, minum arak dan sebagainya. Langkah yang
sedemikian sebenarnya tidak pernah menjanjikan ketenangan hakiki
malahan menjadikan fikiran kita semakin berserabut dan kalut. Jika kita
memilih jalan yang salah seolah-olah kita sengaja mencari padah bukan
sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat.
Menerima hakikat bahawa hidup ini adalah suatu perjalanan yang penuh
berliku, menuntut kita memiliki hati yang tenang dan tenteram untuk
mengharunginya. Ketenangan hati bagi seseorang manusia adalah anugerah
Allah yang sangat berni-lai. la merupakan modal permulaan yang besar ke
arah mencapai hidup yang bahagia dan sejahtera. Ketenangan hati bukannya
sesuatu yang datang secara semulajadi. Sebaliknya ia menuntut suatu
usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.
Islam telah
mengajar kepada umatnya suatu cara yang paling mudah dan ringkas untuk
mendapatkan ketenangan hati ialah dengan berdoa dan sentiasa mengingati
Allah sebagaimana firman-Nya yang ber-maksud: "Ingatlah dengan
mengingati Al-lahlah hati menjadi tenteram." - al-Ra'd : 23 Sebagai
hamba-Nya adalah menjadi kewajipan untuk mengingati Dia di sepanjang
jalan kehidupan kita agar sentiasa ditunjukkan jalan yang benar dan
terhindar dari perkara-perkara yang tidak sihat dan merosakkan.
Selain itu, Islam juga menganjurkan umatnya mencari ketenangan hati
dengan cara beriktikaf iaitu berhenti (diam) di dalam masjid dengan niat
dan cara yang tertentu untuk beribadat kepada Allah. Beriktikaf
mempunyai hikmah dan ganjaran yang besar di dalam mencari ketenangan
hati dan mendekatkan diri kepada Allah. Justeru ia menjadi amalan
Rasulullah S.A.W khususnya di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
Imam Ahmad b. Hanbal meriwayatkan di dalam sebuah hadis ; Daripada
Aisyah Radiallahuanha beliau berkata, "Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W
heriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah
baginda wafat kemudiaw para isteri Baginda meneruskan amalan beriktikaf
selepas kewafatannya." Semasa beriktikaf terdapat amalan-amalan yang
sangat baik untuk dilakukan iaitu sembahyang, berzikir, bertahlil,
bertahmid, bertasbih, berdoa dan membaca al-Quran. Cara-cara ini juga
amat baik dijadikan amalan seharian kerana ia dapat melatih jiwa dan
fikiran kita sentiasa mengingati Allah S.W.T Bersyukurlah dengan segala
nikmat yang kita perolehi. Dengan bersyukur, kita akan sentiasa insaf
dan sedar bahawa segala nikmat yang kita kecapi adalah datangnya dari
Allah. Justeru, dapat mengelakkan diri kita dari menjadi takbur dan
bongkak dengan apa yang kita perolehi. Firman Allah S.W.T. yang
bermaksud, "Sesungguhnya jika kamu 'bersyukur, pasti Aku akan menambah
(nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka
sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim: 7)
Carilah
ketenangan hati dengan amalan-amalan sunat umpamanya berpuasa dan
solat-solat sunat. Biasakan diri dengan puasa-puasa sunat pada hari
Isnin dan Khamis. Dengan berpuasa, emosi akan mudah dikawal. Selain
berpuasa sunat, solat-solat sunat juga memberikan ketenangan hati
seperti solat sunat 'Tahajud', solat sunat 'tasbih, dan solat sunat
'Dhuha'.
BERFIKIRAN POSITIF.
Hidup ini tidak sendasa ceria
dan bahagia. Adakalanya duka dan hiba menyelubungi kita kerana pelbagai
masalah dan musibah yang melanda. Hadapilah setiap permasalahan dengan
fikiran yang positif dan berbaik sangka bahawa setiap yang berlaku pasti
ada hikmah yang sangat bernilai untuk kita. Pasti hati kita menjadi
tenang dan terhindar dari salah sangka dan fitnah yang boleh memporak
perandakan hidup kita.
Jadilah orang yang pemaaf dan ffludah meminta
maaf jika menyedari kita telah melakukan kesilapan. Sikap
bermaaf-maafan menjadikan diri kita sentiasa tenang kerana ia
menghapuskan perasaan dendam yang boleh mendatangkan akibat yang buruk
jika tidak dapat dikawal. Bermaaf-maafanlah tan-pa menunggu masa yang
tertentu kerana sebagai manusia biasa sudah pasti kita tidak pernah
terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.
Lazimilah
kehidupan seharian kita dengan bersilaturrahim. Sayangi dan
hormatilahlah orang-orang yang berada di sekeliling kita tanpa mengira
darjat dan pangkat. Bersilaturrahimlah dengan jiran tetangga, sahabat
handai dan sebagainya. Jadikan diri kita seorang yang mudah didekati
oleh orang lain. Perbaiki cara kita bersosial dan berkawanlah dengan
ramai orang. Kawan yang baik yang boleh menceriakan hidup kita semasa
kita dalam kebuntuan.
Luahkan apa yang mengganggu pemikiran kita
dengan cara menulis dan berbincang dengan orang yang kita percayai.
Dengan menulis umpamanya di-ari, cerpen, puisi dan artikel, kita dapat
menyalurkan keresahan, kesedihan, kekecewaan dan segala perasaan yang
memberikan tekanan kepada kita mengikut cara kita sendiri.Jika kita
tidak mahu menulis, kita boleh bercerita kepada orang yang kita percayai
bahawa beliau boleh mendengar dan menyimpan segala apa yang kita
luahkan. Dengan kedua-dua cara ini sebenamya kita berkongsi perasaan dan
secara tidak langsung akan dapat melapangkan pemikiran kita dan hati
akan semakin tenang.
Belajarlah menghargai diri dengan cara kita
sendiri. Terimalah diri kita seadanya. Apabila kita mencapai sesuatu
kejayaaan, walaupun kecil, berikan ganjaran untuk diri sendiri.
Umpamanya kita telah berjaya menyiapkan sesuatu tugasan, hadiahkan untuk
diri kita sesuatu yang kita sukai seperti makan di restoran yang kita
gemari dan sebagainya. Selain itu, sentiasalah memotivasikan diri dengan
kata-kata yang boleh menguatkan semangat hidup. Contohnya katakan
kepada diri sendiri, "Yakinlah saya boleh, saya pasti boleh!"
Bersikap 'Asertif iaitu berani untuk berkata tidak, jika kita merasakan
tidak mampu untuk melakukan sesuatu apabila diminta untuk melakukannya.
Jika kita menerima sesuatu tanggung-jawab yang kita pasti tidak dapat
melakukannya, sebenarnya kita cuba menggalas beban yang hanya akan
memberatkan fikiran dan diri kita sendiri. Bebaskan diri untuk berkata
apa yang kita ingini kerana ia akan mengelakkan diri kita dari perasaan
tertekan.
Makan makanan yang halal, baik dan berzat. Sentiasa peka dengan apa
yang kita makan terutamanya makanan segera dan yang telah diproses.
Pastikan kandungannya halal. Makanan yang halal dan berzat amat penting
untuk . ketenangan hati dan menjamin tubuh badan yang sihat.
Bersenam secara teratur, rehat secukupnya. Ingatlah, "Badan Sihat, Otak
Cergas". Gunakan peluang hari minggu untuk bersenam. Tidurlah secukupnya
kerana rehat yang paling baik ialah tidur yang cukup.
Itulah di
antara cara-cara yang baik untuk mewujudkan ketenangan hati. Semoga kita
dapat menempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini dengan tabah dan
sentiasa di bawah bimbingan serta rahmat dari Ilahi. Hadapilah hidup ini
tenang dan senyuman.
No comments:
Post a Comment