Tuesday 21 January 2014

Rasulullah S.A.W dan Pemuda

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W . Alhamdulillah , masih diberi pinjaman segala nikmat dariNYA . Bersyukurlah kerana kita masih di beri kekuatan untuk beribadah kepadaNYA . 
And..... Hellooooooooo ~~~ apo khobar semua ? Sehat ? lama kan blog iman ni tak terupdate ? Maaf yooo. Agak sibuk , ini pun siapkan sewaktu perjalanan pulang dari TERATAK AISYA salah seorang ahli JILSAH kami yang menjemput untuk mengadakan sedikit tahlil so ada lah peluang nak update blog ni walaupun pun agak lambat publish. . Rindu takkk ? Heh :3 iman harap semua sahabat-sahabat berada dalam keadaan sehat dan sentiasa berada di bawah perlindungan ILAHI . InsyaALLAH biiznillah :) Kisah ini tercetus pun disebabkan dalam perancangan awal sebelum kerumah beliau dikhabarkan akan ada slot tazkirah dan nama yang naik waktu tu adalah iman! Adoi . tapi alhamdulillah sebab waktu tu telah pun diisi oleh ayah beliau sendri yang penuh dengan nasihat yang berguna untuk kami so iman luahkan jelaa dalam ni. hehe...

Bilamana melihat disekeliling iman pada malam itu, rata-rata semuanya remaja,Antara perkara menarik yang terdapat dalam sirah Nabi SAW, ialah kisah Nabi saw bersama para pemuda. Kisah yang menarik, melihat kebijaksanaan baginda. Sifat rahmat, sifat baik dan lembut baginda. Bagaimana Rasullullah saw mendekati dan mempengaruhi mereka. 

 
Antaranya kisah Khawwat bin Jubair RA. Seorang sahabat yang masih muda. Dia berkata: kami dalam perjalanan musafir. Khemah aku berjiran dengan khemah Rasulullah saw. Satu hari ketika keluar dari khemah, aku terlihat sekumpulan wanita yang menarik hatiku. Lalu aku kembali ke khemah dan menukar baju yang lebih cantik lagi. Selepas itu, aku pergi duduk bersama mereka. 

Sekarang lihat insiden yang berlaku. Pemuda, seorang sahabat tapi mempunyai naluri seorang pemuda. Dan kisah ini diceritakan oleh beliau sendiri agar menjadi teladan kepada para pemuda islam yang lain. 

Suatu ketika baginda keluar dan terlihat beliau. Baginda bertanya: Ya Abi Abdullah, kau buat apa tu? Rasulullah tahu sebenarnya! Membuatkan aku terkejut. Dia menjawab: Unta aku tak suka duduk diam, sebab itu aku mencari tali ikatan untuknya. Rasulullah saw senyum dan beredar, tanpa berkata sepatah pun. Beberapa ketika selepas itu, baginda terlihat aku. Baginda bertanya: Ya Abu Abdullah! Apa cerita untamu yang tak duduk diam. Aku berasa malu, setiap kali bertemunya, dia akan tanya soalan yang sama. Lalu aku putuskan untuk segera kembali ke madinah kerana malu terhadap Rasulullah saw. 

Lihat bagaimana cara menangani manusia dan perasaannya. Perbezaan diantara kita dan para sahabat ialah bukan mereka tak pernah melakukan kesalahan. Mereka juga melakukan kesalahan, tetapi bezanya, mereka segera bertaubat , menyesal dan merasa malu. Ada diantara kita, langsung tak berasa salah bila melakukan sesuatu kesalahan. 

Khawwat kembali ke madinah dan menjauhkan diri dari masjid. Agar aku tak terserempak dengan Rasulullah saw. Kemudian berkata: Aku merasa terlalu lama. (Maksudnya dia begitu rindu kepada masjid). Aku rindukan masjid. Maka aku ambil peluang ketika masjid kosong. Aku tunai solat sunat dua rakaat, sebelum nabi terlihat aku. Dia berkata: Maka aku masuk ke masjid. Ketika menunaikan solat, tiba-tiba rasulullah saw keluar dari rumahnya. 

Diketahui dinding rumah nabi iaitu rumah Aisyah RA sama hamper dengan dinding Masjid Nabawi. Maka Rasulullah saw masuk ke masjid. 

Baginda solat sunat dua rakaat kemudian duduk. Manakala aku terus bersolat, khawwat menceritakan. Aku berfikir, baik aku panjangkan solat. Mungkin baginda akan beredar dan membiarkan aku. Maksudnya, baik aku panjangkan solat sehingga Nabi saw pergi. Tapi Nabi dapat mengagak, Khawwat sengaja memanjangkan solatnya. Lalu Nabi saw bersabda: Ya Abu Abdullah, Kau solatlah lama mana pun. Demi Allah aku takkan berganjak melainkan kau selesai bersolat. Maksudnya, Aku akan tetap duduk menunggu. Menyebabkan Khawwat merasa segan. 

Ketika bersolat, dirinya berkata: Aku ambil keputusan untuk meminta maaf kepada rasulullah saw.  Lalu aku selesaikan dua rakaat kemudian pergi bersalam kepada rasulullah saw. Lalu rasulullah saw berkata: Ya Abu Abdullah! Apa cerita dengan untamu (diulangi lagi), masih tak duduk diam lagi. Maka Khawwat RA berkata: Demi Allah Ya Rasulullah, sejak islam, untaku patuh kepadaku. Maksudnya itu hanya alasan. Maka Rasulullah saw bersabda: Moga Allah merahmatimu! Selepas itu, aku tak pernah mengulanginya lagi.
Kisah yang menarik. Memperlihatkan kita cara Rasulullah saw menangani mereka secara berhikmah, berlembut dengan mereka, tidak mengkasari mereka. Lihat! Bagaimana Rasulullah saw mendidiknya dengan hanya dua perkataan. Dari awal sehingga akhir kisah. Hanya dengan dua perkataan saja. Tak duduk diam dan unta. Tanpa nasihat dan ceramah yang panjang lebar. Tidak memberi beban kepadanya, cuma sedikit rasa bersalah. Biar dia sendiri rasa bersalah. Seterusnya, dia menyesal dan bertaubat. 

Kisah ini membuatkan iman merasa kebesaran Baginda saw. Moga bertambah cintanya kita kepada Rasulullah saw, setelah membaca kisah ini. Membuatkan iman merasakan, andai Baginda saw masih bersama kita, Baginda akan melindungi kita. Baginda akan menjadi tempat iman mengadu dan membuat pengakuan. Iman yakin Baginda takkan berkasar dan memarahi iman, bahkan melindungi iman. 

Oleh itu kepada para pemuda, perlu menghayati, andai baginda masih bersama kita, baginda nabi saw pasti menjadi tempat kita menenangkan jiwa kita. Kita patut berasa malu dan bersalah, kitakan umat Nabi saw. Kita akan bertemu baginda di hari kiamat kelak. Semoga baginda berbangga dengan kita. 

Pesanan kepada penjaga, pendakwah dan tenaga pengajar. Harapan! Jadikan teladan kamu dalam menangani para pemuda ialah Muhammad saw. Bacalah kisah baginda bersama para pemuda. Pelajarilah teknik bagaimana baginda mempengaruhi para pemuda. Memperbaiki mereka, merekalah tiang utama umat Islam. Mereka bagaikan minyak, jika baik maka umat pun turut baik.

No comments:

Post a Comment