Friday 22 November 2013

Ana dan Pangkat Dunia



Assalamualaikum Sahabat yang dimuliakan oleh ALLAH .ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH kerana baru saat dan ketika ini diberi pluang untuk post entry kali ni walaupun sudah sekian lama tersimpan dalam draf, tinggal lagi masa yang tidak mengizinkan.. Selamat bertugas sebagai wakil dan pemimpin siswa/siswi bagi tahun 2013/2014. Sekalung tahniah kami buat senior yang memimpin kami sebelum ini, insyaALLAH kami akan menyambung kembali perjuangan ini.  Kepada pemimpin sekarang antum  akan memimpin kami di dunia ini. Akhirat nanti ALLAH akan bertanya kami mengenai anda semua. Seperti mana hari ini kami diberi peluang untuk mengundi anda, berilah juga kami peluanJawatang untuk menjawab yang terbaik mengenai anda pada hari kiamat kelak. Kami tidak ingin mendakwa anda di sana nanti, maka adillah kepada kami di dunia ini.
Ketika entry ni disiapkan, ana sudah tahu keputusan pilihanraya kolej kali ini. Siapakah yang menang, siapa pula yang tewas? Siapakah yang kecewa, siapa pula yang bahagia?. Aiwah! Sudah pasti pada saat coretan ini dibaca, keputusan sudah diketahui oleh siawa/siswi. Apapun, ana ingin mengingatkan kepada yang akan menang beberapa perkara dalam entry kali ini.
saya tak tahu samaada ini semua adalah nikmat ALLAH atau bala dari ALLAH??
Teringat kata-kata presiden baru kita semalam. Ini semua bukan bala sahabatku yang dimuliakan ALLAH tapi ini nikmat dari ALLAH. Sahabtku sekalian, ketahuilah, bahawa kemenangan dalam memperolehi jawatan bukanlah suatu perkara untuk dibangga-banggakan. Ia mesti diterima dengan kerendahan diri kepada ALLAH, syukur dan memohon pertolongan daripadaNya. Ia adalah ujian dan amanah ALLAH untuk melihat sejauh manakah anda mampu melaksanakannya.
Sambutlah kejayaan KITA dengan penuh tawaduk dan merendah diri kepada ALLAH. Takutlah akan ujianNya itu. Bimbanglah jika KITA tidak menepati kehendakNya. Cuba KITA fahami sebaik mungkin hadis ini dan yang paling utama ialah sama-samalah kita perbetulkan niat.
“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." QS. Al-Shaff: 2-3

ok, back tu jawatan.

sebelum tu,kalau sahabat-sahabat nak tahu mase first time dapat tahu nama ana terrrrrrrsenaraai dalam calon MTPP memang rasa nak lari balik Kampung je, tapi masalanya hakikat bila kita lari daripada masalah sebenarnya itu semua akan mendekatkan lagi masalah itu dengan kita.aadoi.tidak dapat tidak REDHA je apa yang berlaku disamping solat hajat mintak ALLAH tak bagi sebarang jawatan untuk ana, dan Alhamdulillah ALLAH terima doa insan hina yang banyak buat dosa ni, rasa syukur sangat-sangat! Tapi sehari kemudian,gundah gulana kian menghantui kembali..arghhhh..
#BLASTING FROM MTPP#
“Dimaklumkan bahawa malam ini akan diadakan meeting bersama Presiden, anda diwajibkan HADIR,no excuse!”
#jeng3…..apa semua ni??????100000001 persoalan yang bermain waktu dapt mesej tu. Hurmmm tringin nak balik kampung lagi!!!haha….relex2….skali lagi trasa tidur tak kenyang,mandi tak basah.jadi ana doa “ya ALLAH ini kali kedua nama aku tercalon, aku pohon ya ALLAH…jika jawatan itu layak bagi aku maka aku redha tapi jika aku tak layak jangan la pilih aku”
Bila menghadirkan diri dengan paksa relanya, maka diumumkan ana kena pegang jawatan MPP Dakwah.perghhhh! dakwah derrrr……berat tu!!!!!pikiaq masalah ummat. 

"dakwahi diri aja nggak bisa,

pengen mendakwahi orang"

So ana
decide nak pergi jumpa dengan senior yang selalu rapat dengan ana. Ana luahkan sikit sambil buat muka seposen,kowt2 mereka boleh memujuk presiden mnggugurkan ana. ana dengan yakinnya.. InsyaALLAH, ana akan digugurkan dari jawatan ni. ok.

"bang, boleh tolong pujuk presiden menggugurkan ana dari jawatan ni. ana x mampu"

 "owh, balik nanti. Cuba buka tafseer surah Yusuf yang meminta jawatan. Lagipun, bukan kamu sahaja yang tak nak jawatan. Kalau boleh, kita semua tak nak jawatan."


Jawapan simple yang menyebabkan ana hampir runtuh secara total. Ana terus saja memulas motor yang ku bawa selepas dengar jawapan yang bukan ana inginkan tu. Ana belek surah Yusuf,

“Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah Yusuf, 55-56).
ana baru sedar pada ketika itu organisasi ini hanya ada beberapa kerat orang sahaja untuk menggerakkan organinasi Islam tu. Lgipun kalau ana berundur, akan nampak kepincangan organisasi tu. huh, bukan nak bercakap seperti seorang harapan, tpi lagi perlu ana untuk memegang jawatan tu.

So, akhirnya ana decide, I have to hold this position. Bi iznillah.


Ni pula menguatkan ana untuk memegang jawatan ni.


“..demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” 

(al-Imam al-Qurtubi)



Taaaaaaaaaaaaaaaaapi, setelah ana fikir semula perkataan imam al-Qurthubi tu, ana tidak yakin ana dapat menegakkan kebenaran.. O_o hahaha.. adoi yakin ke tak memang ana diamanahkan untuk memegang jawatan tu. ALLAH..
Sahabat sekalian, sebenarnya ana teringin nak jadi ‘orang biase’ setelah 11tahun jadi orang atasan tapi nampak gayanyanya impian ana tidak tercapai! Semoga ALLAH merahmati kepimpinan kami serta diberikan bimbangan ke jalanNya yang penuh adil dan saksama. Dahulu ada sarjana menyebut: “Jika aku mempunyai hanya satu peluang doa yang makbul, nescaya aku doakan kepada pemimpin agar adil, kerana keadilan mereka kebaikan untuk semua”.
Wallahu a'lam




No comments:

Post a Comment