Tuesday, 16 April 2013

Secarik Surat untuk Dia




Suatu hari aku pernah berharap
Jika saat itu tiba,
Aku ingin mentari di hatimu bersinar lebih cerah dari biasanya
Hingga tersimpul senyum di wajahmu untuk menyambut hari-harimu
Meski ini sangat menyedihkan,
Namun kuingin menebar kebahagiaan dalam jiwamu
Memberi kehangatan di tengah sepinya kesendirian
Seperti engkau yang selalu mengisi kekosongan pikiranku
Setelah ini..
Ku ingin tekadmu mengeras setegar karang
Anganmu semakin tinggi layaknya sang bintang
Dan selalu ceria secerah langit yang setia temani kita
Hari ini memang biru…
Sebiru hati kita, sebiru hari kita, dan langit di atas sana
Kenangan bersamamu amatlah indah…
Seindah langit malam penuh cahaya bintang
Ketika kita pernah menikmatinya bersama pada suatu malam
Dan seindah riak air danau di tengah keetenangannya
Yang selalu ku damba dan akan kurindukan
Percayalah selalu pada waktu…
Dan kepada Dia yang telah buatnya bergerak teratur
Dialah yang menjadikan suatu perpisahan,
Maka Dia pula yang akan pertemukan kita lagi
Ku ingin kau tahu…
Adalah hal terberat berpisah dengan orang-orang yang kusayang
Berpisah denganmu…
Ya, kini aku lemah
Tak berdaya karena kita…
Kita yang jiwanya terlanjur melekat
Dan semoga akan tersatukan seterusnya
Kini akan kucoba tegarkan hatiku, melangkah tuk gapai mimpi
Untuk kelak bertemu denganmu lagi, dik FA..

Wednesday, 3 April 2013

Sempatkah Aku?


Assalamualaikum Yaa Sahabat Yang Dirindui.... Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar yang dirindui Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam.  Syukur dengan pemberian Mu Ya ALLAH..Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
KINI sudah tiba episod keremajaan iman untuk lalui ketajaman liku kehidupan ni. Iman bukan la seorang yang kaya raya, namun hidupku hanya biase-biase jer pun,tak kaya dan tak miskin. Walaupun begitu iman rasakan segala apa yang ALLAH berikan ni dah “cukup” untuk iman.. KINI usia bertambah,bila usia makin bertambah ia bererti kita makin dekat  MENUJU KEMATIAN. Bila sentuh tentang kematian ni kan,ramai yang akan bagi tindak balas macam ni; “alaaa jangn la cakap tentang mati” , “hurmmmmmmm sikit-sikit tentang mati” , “ermmm ok2,kita ta payah la cakap tantang mati lagi” dan “jangan la fikir lagi semua tu,lambat lagi” ...... Ayoyo apekehel lerr cakap macam ni,sememangnya kita perlu ingat KEMATIAN la bro...hehe...ops!! Let’s kita sambung tajuk asal kita yea.

Dalam iman mencoret warna warni kehidupan ni laa kan, kadangkala terfikir la jugak kemana arah yang akan iman bawak nanti,tambahan pulak iman ni lepasan SPM. Persoaloan ni la yang ada dalam fikiran kawan-kawan yang seangkatan dengan iman..Eh teringat pulak latar belakang Ustaz Haslin Bahrin, iman masih ingat beliau cerita dekat Haflah Ilmu baru-baru ni..“saya dulu sekolah SMK je pon,bila masuk je umor 19tahun...saya jumpa la dengan seorang jutawan dan beliau tanya saya ‘haslin nak tak kalau pi sambung balajar kat pakistan?’ ,saya pun jawab la nak...starts dari situ dia tanggung saya selama 5tahun saya belajar kt pakistan, 1 sen pun saya tak pakai duit mak ayah saya”  Bila iman dengar cerita Ustaz Haslin teringin jea nak dapat macam  Ustaz Haslin dapat. Ewah-ewah beruntungnya kalau dapat kan?hehe..  * *ehem2 tak de ke jutawan yang baca blog iman ni,haha**

Kadang-kadang tu iman ada jugak terrrrrrberangan sorang-sorang, andainya ada jutawan yang sanggup biayai iman ke pakistan atau mesir,mesti best kan! Untung mak dan ayah iman nanti...... Iman teringin sangat-sangat nak jadi orang yang kaya dengan ilmu ALLAH, bila iman kaya dengan ilmu ALLAH maka boleh iman berkongsi bersama-sama masyarakat macam Ustaz Haslin.

TAPI..........ada satu persoalan yang sukar dirungkai, sampai sekarang iman tak faham kenapa persepsi masyarakat sekarang seolah-olah memandang rendah kepada kami yang bersekolah hanya di SMK je, dan dalam benak fikiran mereka hanya pelajar yang bersekolah di SMA je boleh jadi Ustaz or Ustazah.....itu semua salah, salah sama sekali.. Acu Cuba Try tengok , pandang dan LIHAT;

>Ustaz Haslin Bahrin(SMK Pokok Sena,Kedah)

>Ustaz Azhar Idrus(Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1-2) ,
Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3-6)

> Ustaz Rosli Che Soh(Imam Besar Masjid Kelantan) dari SMK Tumpat,Kelantan.

Dan ramai lagi insan yang dari sekolah SMK yang berjaya malah “tersohor” lebih daripada Ustaz dari sekolah SMA. Untuk makluman semua , iman bukanlah nak membangkitkan isu ini tapi iman nak bagi semangat dekat kawan-kawan iman yang nak jadi ustaz kat luar sana,tambah-tambah dekat “budak ni” ..hehe(gelak sopan) tapi ntah sempat atau tidak untuk rasai semua itu.

Bila bercakap tentang gelaran USTAZ ni, berdasarkan pengalaman bersama rakan-rakan yang memerlukan nasihat atau khidmat kaunseling, mereka sering jea panggil iman “ustaz”. Setahu iman la kan, orang yang layak dipanggil ustaz ni ialah orang yang banyak ilmu dalam bab-bab agama, jadi iman rasa iman tak layak untuk gelaran tu.Iman pernah berjumpa seorang insan ni dari Kedah yang juga memerlukan khidmat nasihat. Ini antara dialog ringkas iman dan dia yang berusia lewat 30-an tentang gelaran tu:

Dia: Assalamualaikum Ustaz,Ustaz  sibuk ka?kalau ta sibuk saya nak bercakap     
dengan ustaz sikit.

Iman: Wa’alaikumslam(senyum tak nampak gigi) ..masyaALLAH panggil fahmi jea yea,tak payah paggil ustaz la...saya bukan ustaz dan saya bukan la berilmu sebagaimana “ustaz”, lagipun saya ni bekas sekolah SMK jea bukan sekolah arab. Ermm tak tak,saya tak SIBUK...ada apa ya?

Dia: HEBAT.. Lauguni qupanya perangai orang kelantan yea(senyum)..ya ALLAH tak boleh macam tu ustaz, ustaz dan ustazah saya pesan kalau kita berjumpa dengan remaja kelantan yang wara’ kita kena memuliakan mereka dengan panggilan ustaz walaupun usia masih muda kerana ilmu itu tidak terletak pada angka usia dan bersekolah dimana pun semuanya sama,yang berbeza ialah ILMU.

Iman: .....*Diam 5saat*..... masyaALLAH saya ini biasa2 jea,ilmu tak banyak , sekadar untuk berkongsi boleh la.

Kami pun sambung perbualan kami,alhamdulillah..segalanya dipermudahkan
Tapi subbhanALLAH rupanya orang luar dari kelantan menilai orang kelantan macam tu.Terkesima iman dibuatnya.

Kesimpulannya semua manusia bisa memegang jawatan “ustaz” kerana untuk menjadi seorang ustaz itu bukan bergantung kepada SEKOLAH, akan tetapi ia adalah kehendak kita dan itu semua adalah REZEKI ALLAH ta’ala..


Tapiiiii untuk iman memegang jawatan ‘itu’ ntah SEMPAT KE TIDAK hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui, dan kepada pihak yang memandang rendah tu, udah-udah laa yerrrr berfikiran macam gitu.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali Mu. Terimalah permohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.

Sunday, 31 March 2013

Kematian Itu Pasti


Assalamualaikum, dan Salam Sayang dari Iman.




Alhamdulilah, masih lagi ALLAH memanjangkan usia kita untuk tetap teguh di jalan dakwah ini. Gunakanlah masa yang pendek ini untuk sama-sama memperbaiki diri kita, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Insya ALLAH..

Baik, terus kepada topik utama..
Ada yang bertanya, kenapa buat post pasal mati sebelum nie? Tak menarik la, tak kena dengan suasana, pelik dan bermacam-macam lagi. Dah tu, tajuk pula kaitkan dengan kematian dengan permulaan. Apa kaitannya?

Saya menjawab, tanyakan pada hati anda, apa jawapannya? Biasanya kita anggap mati itu sebagai pengakhiran kepada riwayat hidup, tapi kalau kita tanyakan pada hati dan akal yang bersih, sebenarnya mati itulah satu permulaan..

Tak faham?

Baik, sekarang cuba bayangkan kita akan pergi ke satu mukhaiyam (perkhemahan) di tepi sungai. Kita pun bersiap-siap mengemas baju mandi, baju sukan, kemeja, sabun, berus gigi, kasut, torchlight, kain pelekat... dan lain-lain. Kemudian, kita pergi ke mukhaiyam tersebut dengan segala persediaan tadi..

Dipendekkan cerita..

Tamatlah sudah mukhaiyam tersebut. Baju sudah kotor, kasut sudah berlumpur, baju mandi semua dah basah. Kita pun cakap, "Ahh, takpelah. karang sampai kt rumah, boleh basuh balik. Sumbat aje semua dalam beg.." Kemas punya kemas, kita pun balik dengan senang hati..

Sekarang, apa natijahnya perkhemahan nie dengan kematian?

Kalau kita tengok situasi tadi, mukhaiyam telah berakhir. Persediaan kita pun ala kadar je, semua barang disumbat dalam beg. Mana yang ada, simpan, yang dah hilang, biarkan aje.. Sebaliknya, sebelum mukhaiyam bermula tadi, persediaan kita bukan main, kasut cantik, baju bersih, semua tampak kemas. Semuanya sebab kita tidak tahu apa yang akan menanti kita di mukhaiyam itu nanti. Persiapan perlu lengkap.

Nah, kalau kita anggap kematian satu pengakhiran, apa yang kita jadikan sebagai bekal? Baju kotor, kasut berlumpur semuanya ibarat dosa-dosa kita. Jika berakhir satu-satu program atau acara, kita buat ala kadar sahaja, sebab kita dah terlalu letih.

Inilah ironi yang perlu kita fahami. Kalau kita anggap kematian satu permulaan, kita akan bersedia secukupnya, sebab perjalanan masih jauh, jauh lagi. Bayangkan baju yang bersih, kasut yang tidak berlumpur itu semuanya amal soleh yang kita lakukan sebelum kematian kita. Namun, tiada bekal yang terbaik disisi Allah, melainkan taqwa kepadanya.

Firman Allah Taala:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ

Mafhumnya: Dan siapkanlah perbekalan, dan sebaik-baik bekalan ialah taqwa.. (Al-Baqarah, 197)

Buat kesekian kalinya, marilah kita sama-sama mengingati kematian, kerana dengannya, kita akan lebih bersemangat untuk menggunakan masa yang ada ketika ini.


Salam terakhir, kita sedekahkan Al-Fatihah saudara mara kita,sahabat-sahabat yang lain serta seluruh umat islam, dan ingat sesungguhnya kita akan bersama-sama mereka kelak.

Al-Fatihah.

Selamat beramal buat semua.



Sunday, 24 March 2013

Sekudus Doa

SALAM....

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam. Alhamdulillah, syukur kepada Mu Ya ALLAH. Tuhan yang mencipta langit dan bumi, bintang dan matahari dan seluruh alam semesta. Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan sehingga kadangkala terlantar dimuka sejadah yang ditemani linangan airmata.

Nama diberi AHMAD FAHMI oleh kedua ibu-bapaku yang tersayang....Itu lah nama sebenar IMAN....sekarang dah masuk 18 tahun....cepatnya masa berlalu....24/03/95 iman dilahirkan oleh ibuku yang tersayang yang bernama "ma".. dan dididik oleh "ayah"...hehe... terima kasih ma dan ayah kerana membesarkan anakmu ini...sekarang 24/03/13 pada jam 03.24AM.....Alhamdulillah iman masih boleh bernafas dan mempunyai kesihatan yang baik ....walaupun ada masalah iman dapat menghadapinya dengan tenang walaupun kadang-kadang pelbagai keresahan yang melanda...


Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu 
                                                                sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill...

Amin Ya Rabbal Alamin.

 "Ya Allah, semakin jauh langkah umurku meniti hari. Ku pohon hidayahMu moga dihari lahirku ini kau berkatilah umurku dan izinkan lah aku semakin dekat dengan redhaMu."

nota kecil : terima kasih buat sahabat yang masih mengingati hari lahir iman. Rakan-rakan di facebook, twitter & blog serta sahabat di alam nyata. terima kasih banyak-banyak. so hari jadi ke- 18 merupakan kali pertama airmata berlinangan dihari sebegini. Pasti akan menjadi kenangan dan pengajaran buat selamanya. ..FAHAMI laa erti sebenar Hari Lahir..

Wednesday, 13 February 2013

Lakaran Wajahmu Sudah Terpahat Dihati, Namun Tidak Lagi Dizahirkan



Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diamku adalah salah satu bukti cintaku padanya ...

Ku ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Ku tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diamku memuliakan kesucian diri dan hatiku..
Menghindarkan diriku dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahku ..

Karena diamku bukti kesetiaanku padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukku ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....

Karena dalam diamku tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintaku yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diamku' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diamku'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatiku ...
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)


" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya

Tuesday, 1 January 2013

Persefahaman Yang Perlu Disemai


Assalamualaikum sahabat yang iman rindui sekalian kerana ALLAH, sekian lama iman mendiamkan diri dalm penulisan, dan kali ini iman muncul disini bagi ingin berkongsi lagi tentang penghijrahan. Dalam kehidupan ini, apa yang paling indah jika kita berdakwah ataupun bercakap sama seperti orang lain fikirkan. Dalam era keremajaan kini sifat untuk memahami antara satu sama lain sukar untuk dipupuk, bagaimana mungkin untuk dipupuk jika kita belum cukup arif dalam memahami cara dan tarbiyyah daripada ALLAH. 

Kadangkala kita perlu meninggalkan seseorang demi untuk melihat dia tidak lalai, dan kadangkala juga kita perlu untuk terus mendekati demi untuk menjaganya daripada terus-terusan lalai dengan Yang Maha Esa. Akan tetapi untuk merealisasikan tujuan suci ini perlukan terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilalui, yang pasti kedua-dua cara ini sebenarnya adalah kerana perasaan SAYANG yang timbul dalam hati demi untuk melihat yang terbaik untuknya. Persoalannya pabila membuat keputusan untuk meninggalkan seseorang, adakah dia mengerti sebagaimana yang kita fahami? dan bagaimana pula perasaan orang yang kita mendekati itu hanya demi untuk melihat dia dekat dengan ALLAH tetapi pada masa yang sama dia telah tersalah dalam menilai.

 Kita perlu untuk mennggalkan dia kerana ALLAH demi untuk melihat maruah dan hatinya terjaga dengan lebih rapi oleh Yang Empunya Hati. tapi amatlah sukar untuk melalui jalan yang penuh liku ini. Dan adakalanya kita perlu untuk mendekatinya


Itulah hati remaja.....Biarkan dia rasai nikmat sementara itu. Sejauh mana perginya CINTA tanpa disulami dengan PENCIPTA CINTA..
Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia. Cinta daripada sang Pencipta. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.
Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta...ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?
Hanya segelintir manusia yang melepaskan rasa cintanya terhadap manusia demi rasa cinta yang agung kepada Allah S.W.T. Malangnya, lebih ramai manusia yang melepaskan cinta kepada Allah S.W.T hanya kerana seorang manusia yang kononnya 'sanggup sehidup semati bersama-sama'. Sedangkan, Allah S.W.T tetap mencintai setiap hamba-Nya...
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [At-Taubah 9:24]
Wajarkah kita meletakkan syarat terhadap cinta terhadap cinta kita kepada Allah S.W.T? Tegar hati yang Allah S.W.T pinjamkan ini meletakkan kedudukan setitis mani yang hina lebih tinggi dari-Nya...
Bukanlah cinta itu dihalang...apatah lagi dilarang. Malah, cinta itu dimuliakan. Bukankah berbeza cinta yang ditemui di jalanan berbanding cinta yang kita temui setelah meredah onak duri dan lautan ujian? Nikmatnya jauh lebih indah...lebih manis...insya-Allah kekal hingga ke syurga..
Justeru, di saat Allah S.W.T melamar kita dengan tarbiyah-Nya, tidakkah kita merasa rugi sekiranya tarbiyah ini hilang disebalik tirai cinta manusia yang rapuh. Bukankah rusuk yang bengkok ini dibengkokkan sesuai dengan keperluannya? Menunduk penuh ketaatan kepada suaminya yang menyerahkan seluruh jiwa kepada Yang Maha Esa.
Kau jadilah wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Jihad.

Kau bersiap sedialah dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T.

Kau Jadilah wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.

Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu.

Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.

Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.

Kau wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.

Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.

Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.