Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.
“Adik-adik, siapa yang menggerakkan
hati untuk kamu semua baca entry blog ini, pergi ke
web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya?”
Jawapannya adalah: “Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,” ujar seorang kakak pada sesi perkongsian.
Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula
kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah
mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat,
dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu
baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana
dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian
menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi
ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok
dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam
atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com,
langitilahi.com dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.
Anda tidak perasankah selama ini?
“Suhana, kamu dengar radio apa tu? Lagu-lagu nasyid kat situ semua bestlah.” Tanya rakan sekerja saya.
“Oh, radio online. Nasyid.fm, lagu-lagu kat sini memang semua best. Jarang dapat dengar dekat ikim,” ujar saya.
“Itulah selalu pasang ikim.fm kalau dalam kereta. Tapi tak ada pula lagu best macam ni.”
Saya terdiam.
Bagusnya, perwatakan rakan sekerja saya ini bolehlah dikatakan lelaki lembut, suka bersolek. Tetapi dia ada potensi itu.
Potensi untuk menjadi baik.
Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.
Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?
Justeru, keluarkan potensi yang ada
itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih
baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.
Jika mahu jadi baik, lakukan dengan
kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda
bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka
bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi. Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?
Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya. For the past 18 years, I have looked in the mirror every morning and
asked myself: 'If today were the last day of my life, would I want to do
what I am about to do today?' And whenever the answer has been 'No' for
too many days in a row, I know I need to change something....