Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt
. Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH, selawat dan salam ke atas Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W . Alhamdulillah , masih diberi pinjaman segala nikmat
dariNYA . Bersyukurlah kerana kita masih di beri kekuatan untuk beribadah
kepadaNYA .
And..... Hellooooooooo ~~~ apo khobar semua ?
Sehat ? lama kan blog iman ni tak terupdate ? Maaf yooo. Agak sibuk , ini pun
siapkan sewaktu perjalanan pulang dari TERATAK AISYA salah seorang ahli JILSAH
kami yang menjemput untuk mengadakan sedikit tahlil so ada lah peluang nak
update blog ni walaupun pun agak lambat publish. . Rindu takkk ? Heh :3 iman
harap semua sahabat-sahabat berada dalam keadaan sehat dan sentiasa berada di
bawah perlindungan ILAHI . InsyaALLAH biiznillah :) Kisah ini tercetus pun disebabkan
dalam perancangan awal sebelum kerumah beliau dikhabarkan akan ada slot
tazkirah dan nama yang naik waktu tu adalah iman! Adoi . tapi alhamdulillah sebab
waktu tu telah pun diisi oleh ayah beliau sendri yang penuh dengan nasihat yang
berguna untuk kami so iman luahkan jelaa dalam ni. hehe...
Bilamana
melihat disekeliling iman pada malam itu, rata-rata semuanya remaja,Antara
perkara menarik yang terdapat dalam sirah Nabi SAW, ialah kisah Nabi saw
bersama para pemuda. Kisah yang menarik, melihat kebijaksanaan baginda. Sifat
rahmat, sifat baik dan lembut baginda. Bagaimana Rasullullah saw mendekati dan
mempengaruhi mereka.
Antaranya
kisah Khawwat bin Jubair RA. Seorang sahabat yang masih muda. Dia berkata: kami
dalam perjalanan musafir. Khemah aku berjiran dengan khemah Rasulullah saw.
Satu hari ketika keluar dari khemah, aku terlihat sekumpulan wanita yang
menarik hatiku. Lalu aku kembali ke khemah dan menukar baju yang lebih cantik
lagi. Selepas itu, aku pergi duduk bersama mereka.
Sekarang
lihat insiden yang berlaku. Pemuda, seorang sahabat tapi mempunyai naluri
seorang pemuda. Dan kisah ini diceritakan oleh beliau sendiri agar menjadi
teladan kepada para pemuda islam yang lain.
Suatu
ketika baginda keluar dan terlihat beliau. Baginda bertanya: Ya Abi Abdullah,
kau buat apa tu? Rasulullah tahu sebenarnya! Membuatkan aku terkejut. Dia
menjawab: Unta aku tak suka duduk diam, sebab itu aku mencari tali ikatan
untuknya. Rasulullah saw senyum dan beredar, tanpa berkata sepatah pun.
Beberapa ketika selepas itu, baginda terlihat aku. Baginda bertanya: Ya Abu
Abdullah! Apa cerita untamu yang tak duduk diam. Aku berasa malu, setiap kali
bertemunya, dia akan tanya soalan yang sama. Lalu aku putuskan untuk segera
kembali ke madinah kerana malu terhadap Rasulullah saw.
Lihat
bagaimana cara menangani manusia dan perasaannya. Perbezaan diantara kita dan
para sahabat ialah bukan mereka tak pernah melakukan kesalahan. Mereka juga
melakukan kesalahan, tetapi bezanya, mereka segera bertaubat , menyesal dan
merasa malu. Ada diantara kita, langsung tak berasa salah bila melakukan
sesuatu kesalahan.
Khawwat
kembali ke madinah dan menjauhkan diri dari masjid. Agar aku tak terserempak
dengan Rasulullah saw. Kemudian berkata: Aku merasa terlalu lama. (Maksudnya
dia begitu rindu kepada masjid). Aku rindukan masjid. Maka aku ambil peluang
ketika masjid kosong. Aku tunai solat sunat dua rakaat, sebelum nabi terlihat
aku. Dia berkata: Maka aku masuk ke masjid. Ketika menunaikan solat, tiba-tiba
rasulullah saw keluar dari rumahnya.
Diketahui
dinding rumah nabi iaitu rumah Aisyah RA sama hamper dengan dinding Masjid
Nabawi. Maka Rasulullah saw masuk ke masjid.

Ketika
bersolat, dirinya berkata: Aku ambil keputusan untuk meminta maaf kepada
rasulullah saw. Lalu aku selesaikan dua rakaat kemudian pergi bersalam
kepada rasulullah saw. Lalu rasulullah saw berkata: Ya Abu Abdullah! Apa cerita
dengan untamu (diulangi lagi), masih tak duduk diam lagi. Maka Khawwat RA
berkata: Demi Allah Ya Rasulullah, sejak islam, untaku patuh kepadaku.
Maksudnya itu hanya alasan. Maka Rasulullah saw bersabda: Moga Allah
merahmatimu! Selepas itu, aku tak pernah mengulanginya lagi.
Kisah
yang menarik. Memperlihatkan kita cara Rasulullah saw menangani mereka secara
berhikmah, berlembut dengan mereka, tidak mengkasari mereka. Lihat! Bagaimana
Rasulullah saw mendidiknya dengan hanya dua perkataan. Dari awal sehingga akhir
kisah. Hanya dengan dua perkataan saja. Tak duduk diam dan unta. Tanpa nasihat
dan ceramah yang panjang lebar. Tidak memberi beban kepadanya, cuma sedikit rasa
bersalah. Biar dia sendiri rasa bersalah. Seterusnya, dia menyesal dan
bertaubat.
Kisah
ini membuatkan iman merasa kebesaran Baginda saw. Moga bertambah cintanya kita
kepada Rasulullah saw, setelah membaca kisah ini. Membuatkan iman merasakan,
andai Baginda saw masih bersama kita, Baginda akan melindungi kita. Baginda akan menjadi tempat iman mengadu dan
membuat pengakuan. Iman yakin Baginda takkan berkasar dan memarahi iman, bahkan
melindungi iman.
Oleh
itu kepada para pemuda, perlu menghayati, andai baginda masih bersama kita,
baginda nabi saw pasti menjadi tempat kita menenangkan jiwa kita. Kita patut
berasa malu dan bersalah, kitakan umat Nabi saw. Kita akan bertemu baginda di
hari kiamat kelak. Semoga baginda berbangga dengan kita.
Pesanan
kepada penjaga, pendakwah dan tenaga pengajar. Harapan! Jadikan teladan kamu
dalam menangani para pemuda ialah Muhammad saw. Bacalah kisah baginda bersama
para pemuda. Pelajarilah teknik bagaimana baginda mempengaruhi para pemuda.
Memperbaiki mereka, merekalah tiang utama umat Islam. Mereka bagaikan minyak,
jika baik maka umat pun turut baik.