Assalamualaikum
ahabat yang iman kasih dan cintai kerana
ALLAH. Wa la tqrabuz zina innahu kana faheeshataw wasa a sabila, tarjamah ilal lughah arabiyyah, wa hazihi kalimat min aina..Hayya bina natakallam wa nata'allam lughah arabiyyah jami'an !
Iman harap sahabat-sahabat iman sihat tubuh badan dan juga sihat rohani,
amin insyaALLAH.. Semua yang ada di alam fana ini punyai pasangan masing-masing.
Percaya.? Ok.. iman akan jelaskan, Cuba sahabat bayangkan disekeliling sahabat,
semuanya berpasangan kan.? tangan kiri berpasangan dengan tangan kanan, tinggi
berpasanagn dengan rendah, hitam berpasanagn dengan putih, dosa dan pahala,
neraka dan syurga serta hidup dan mati. Sudah jelas kan apa yang iman maksudkan
sebentar tadi. Mengapa tiba-tiba iman keluarkan topik tentang pasangan.?
Sebab......... Iman nak cakap tentang CINTA! Kawan-kawan pernah tak rasa ingin
dicintai dan ingin mencintai? Haaaa itu perkara biasa. Kenapa nak malu bila
iman bercakap tentang CINTA.? Itukan fitrah.... perkara yang sepatutnya malu
ialah bila “cinta yang suci itu telah dikotori dengan maksiat” . Pagi tadi,
kawan iman terbaca satu article yang berkaitan dengan cinta, tajuknya “CINTA ITU
BERMOTIVASI”, kawan iman seolah-olah tidak memahami apa yang dimaksudkan dalam
artcle itu dan cuba melontar satu persoalan kepada iman; “cinta itu motivasi????(dengan
nada kehairanan)”

Iman suka bercakap berkaitan dengan cinta. Cinta itu sangat bermotivasi,
dan cinta itu sebagai motivasi pendorang
buat kita. Dan pendorang mempunyai dua bentuk. Yang pertama ialah penghambaan
diri kepada ALLAH dan yang kedua adalah kita menjadi Khalifah di ats diatas
muka bumi ini. Jadi dua perkara inilah
yang menjadikan kita kuat. Iman punyai ramai rakan yang dilamun CINTA , bila iman diberi peluang untuk berceramah maka
iman selitkan sedikit sebanyak berkaitan dengan hakikat CINTA kepada ALLAH agar
remaja sedari akan hakikat ini. KITA TIDAK BISA KATAKAN TIDAK KEPADA CINTA
sebagaimana kita katakan tidak kepada rokok!! Tetapi, bagaimana kita nak
gunakan apa yang ALLAH kurniakan kepada
kita dengan sebaik mungkin. Bagaiamanakah kita nak uruskan cinta untuk menjadi pendorang untuk mencapai cinta kita kepada keredhaan
ALLAH.
Kita perlu kaitakn
segala yang kita lakukan itu dengan ALLAH. Sebagai contoh, kita mandi niat kerana
ALLAH, makan kerana ALLAH, tidur kerana ALLAH, dan minum kerana ALLAH.Segalanya
ALLAH. Secara tidak langsung kita telah mengamalkan cara hidup bersyariat.
ALLAH! Indahnya hidup bersyariat. Amalan
ini juga sebenarnya dapat menzahirkan dalam jiwa kita sifat kecintaan kepada
ALLAH.
Memang tidak dinafikan bahawa cabaran banyak terutama sekali
ialah persekitaran kerana pengaruh dengan nafsu dan syahwat. Jika kita buka
televisyen apa yang kita nampak.? Musuh islan telah merancang dengan rapi untuk hancurkan Islam.
Persekitaran ini secara langsung akan mempengaruhi persepsi cinta yang sebenar.
Persekitaran ini akan membentuk kita jika kita tidak mempunyai “Ben10(pertahanan)”
yang kukuh. Remaja ini satu peringkat
dimana ia mencari formula dan identiti sendiri. Ramaja ini juga mudah
untuk terikut-ikut dengan persekitaran
yang kian hancur dibawa kerajaan. Jika kita berdamping dengan orang yang suka
pakai wangi-wangian, maka kita akan mendapat sedikit wangian itu. Iman banyak terlibat dalam badan pemikir sejak
berusia 5tahun. Jadi persekitaran iman sewakti itu adalah sangat positid
disamping didikan ibubapa iman. Ini penting dalam membentukkeperibadian kita
sebagai remaja. Perlu kita ingat bahawa
semua ini akan dipertangungjawabkan tentang apa yang kita lakukan.
Intihannya, kita perlu berfikir bahawa kita akan bertemu dengan
ALLAH dan akan dipersoalkan kelak. Jadi motivasi itu adalah membuat yang
terbaikkkkk. Sebagai seorang remaja Islam, kita WAJIB kembali kepada
ALLAH. Hakikat persediaan kita sebgai hamba untuk ALLAH.
Kita perlu sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikkan dan yang paling penting “NILAILAH SESEORANG ITU PADA WAKTU
SEKARANG BUKAN PADA WAKTU SILAMNYA” . Jika kita lemah dalam melakar seni jiwa
keislaman maka kita akan dikotak-katikkan oleh musuh Islam.!